Situasi di warung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ini saya cuma nak berbicara tentang situasi di warung Pernahkah anda ke warung tepi jalan? Mungkin bagi orang yang tinggi levelnya tak pernah tapi bagi yang tinggal di kampung sudah pasti pernah menjejak kaki di warung. Di warung makan terutamanya di kampung terhidang makanan yang enak-enak. Selain dari makan terdapat juga motif lain berada di warung. Antaranya ialah :-

1. Menunjukkan skill dalam sukan. Antaranya sukan dam,karom dan yang sewaktu dengannya. Berjam-jam duduk kat warung tu tanpa mengira pagi dan petang. Zohor ke Maghrib semata-mata nak mempertajamkan skill masing-masing.
2. Tengok anak dara/ mak janda yang bergetah. Sampai melupakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Ada tu yang dah tahap umur bonus pun masih tak sedar diri.
3. Layan bolasepak atau game sewaktu dengannya.Ye lah kat rumah tak mampu nak sewa ASTRO. Kedai makan pula tayangkan Barclays Premier League, apa lagi bersemangatlah ke warung. Order cuma teh o limau je secawan. Tu pun masuk buku 555, tokei kedai pun hanging semacam je..
4. Menyebar gossip dan fitnah. Bukan tahu dosa tu, senang hati je bawa cerita sana sini. Ada tu sampai runtuh keluarga seseorang akibat adu domba yang dijaja kat warung kopi.. :(
5. Tunjuk skill menyanyi kat kedai berkaraoke. Alahai kalau suara sedap cam Ahmad Jais tu takpelah gak. Ni suara dah sezen. Sepatutnya bawak-bawaklah mengaji kat surau..
6. Berdiskusi tentang hal-hal semasa. Cerita lah pasal hal-hal ekonomi dunia, politik dan sebagainya. Tapi tak tau gak pasal harga minimun rokok ( si Zool pun tak tau sebab dia tak merokok)..

Rasanya cukuplah setakat ni .. Nanti kang tulis lebih-lebih terbuka memacam cerita plak yang keluar…

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :790
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

19 Responses to “Situasi di warung”

  1. kenwooiNo Gravatar says:

    haha.. too boring nothing to do eh? =P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    just my opinion from my experience…
    Do u agree with my opinion??

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    just my opinion from experience…
    Do u agree with my opinion??

    Reply

  2. AdneyNo Gravatar says:

    sekarang ni aku da payanh nak rase suasana mcm tu.. sedap kalau lepak warung ni.. lagi2 time ade BPL.. nengok ngan kawan2.. huh.. nikmatnye.. tapi dam etc aku x main sangat.. hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ngumpat2 tu camne?? ha hahaha

    Reply

  3. megatNo Gravatar says:

    masa bujang mungkin kerap dan menjadi kebiasaan tapi bila dah berumahtangga, kurang la.

    tapi sesekali jumpa, byk cerita yang dibualkan. secara tak langsung masa yang terhad digunakan sepenuhnya secara berfaedah.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    jgn kutuk orang lain sudahlah

    Reply

  4. izzat azizNo Gravatar says:

    aku slalu sebab no 3 je lah, sebab2 lain tu bagi kat orang-orang tua ah..haha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye ke.. boleh caya ke?

    Reply

  5. safarNo Gravatar says:

    Warung bolehlah pergi.tahap aku bukan tinggi sangat.rumah pun
    dekat dengan warung.kebetulan dekat pula dengan pasar borong.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak kisah pun kalau nak pegi warung pun cuma jgn buat perkara tak elok sudahlah

    Reply

  6. abdfatahaNo Gravatar says:

    jom lepak kedai kopi. banyak bahan untuk buat blog kalo duk tercongok depan kedai kopi…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang banyak bahan.. silap2 dpt tambah saham sekali..

    Reply

  7. KhaiNo Gravatar says:

    thanks for linkback.. haha.. dan semua point tu mmg stuju la 100%.. sbb saye pun ada kampung.. hehehe..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala aku bagi linkback pun tak terkesan kat blog hang…

    tapi memang kalau warung kampung camtu la citernya

    Reply

  8. agustedNo Gravatar says:

    tak penah plak lepak kat warung tepi jalan. kalo setakat nak makan minum bayar n balik…nak stay lama2 tak ler kot.. hehehe

    tapi kalo kat kedai mamak. ye! sampai ke subuh pun xper. hahaha

    aktiviti utama? hmmm rasanya no 4 + sikit no 6
    :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye la.. awak ekslusif.. mana layan warung…

    Reply

    agustedNo Gravatar Reply:

    mamak ekslusif ke? ayoooo…..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala gurau2 je pun..
    terasa ke..
    oklah minta maaf..

    p/s:- ramai betul org kecil ati … susah nak reply komen skg ni..

Leave a Reply