Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ini saya cuma nak berbicara tentang situasi di warung Pernahkah anda ke warung tepi jalan? Mungkin bagi orang yang tinggi levelnya tak pernah tapi bagi yang tinggal di kampung sudah pasti pernah menjejak kaki di warung. Di warung makan terutamanya di kampung terhidang makanan yang enak-enak. Selain dari makan terdapat juga motif lain berada di warung. Antaranya ialah :-

1. Menunjukkan skill dalam sukan. Antaranya sukan dam,karom dan yang sewaktu dengannya. Berjam-jam duduk kat warung tu tanpa mengira pagi dan petang. Zohor ke Maghrib semata-mata nak mempertajamkan skill masing-masing.
2. Tengok anak dara/ mak janda yang bergetah. Sampai melupakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Ada tu yang dah tahap umur bonus pun masih tak sedar diri.
3. Layan bolasepak atau game sewaktu dengannya.Ye lah kat rumah tak mampu nak sewa ASTRO. Kedai makan pula tayangkan Barclays Premier League, apa lagi bersemangatlah ke warung. Order cuma teh o limau je secawan. Tu pun masuk buku 555, tokei kedai pun hanging semacam je..
4. Menyebar gossip dan fitnah. Bukan tahu dosa tu, senang hati je bawa cerita sana sini. Ada tu sampai runtuh keluarga seseorang akibat adu domba yang dijaja kat warung kopi.. :(
5. Tunjuk skill menyanyi kat kedai berkaraoke. Alahai kalau suara sedap cam Ahmad Jais tu takpelah gak. Ni suara dah sezen. Sepatutnya bawak-bawaklah mengaji kat surau..
6. Berdiskusi tentang hal-hal semasa. Cerita lah pasal hal-hal ekonomi dunia, politik dan sebagainya. Tapi tak tau gak pasal harga minimun rokok ( si Zool pun tak tau sebab dia tak merokok)..

Rasanya cukuplah setakat ni .. Nanti kang tulis lebih-lebih terbuka memacam cerita plak yang keluar…

Related Posts with Thumbnails
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments (19)