Siti Safiyah gondol Perak boling Piala Dunia

Pemain wanita boling kebangsaan, SIti Safiyah Amirah Abdul Rahman berjaya memungut pingat perak dalam Kejohanan Boling Piala Dunia AMF ke-53 di Hermosillo, Mexico, Sabtu (Ahad di Malaysia).
Atlet berusia 26 tahun dari Selangor itu yang mengejutkan Juara bertahan Rocio Restrepo dari Columbia pada perlawanan separuh akhir terpaksa akur kepada kehebatan Krizziah Lyn Tabora dari Filipina pada perlawanan akhir.

 

Sin Lin Jane, Siti Safiyah Cipta Sejarah Sertai Kejohanan Boling Professional Wanita US

Dalam perlawanan akhir itu, Siti Safiyah tumpas dengan keputusan 191-236 menurut website rasmi kejohanan www.qubicaamf.com
Keputusan ini merupakan persembahan terbaik beliau yang sebelum ini pernah mendapat tempat ketiga pada edisi 2009 yang berlangsung di Melaka.

Sementara itu bagi kategori lelaki, Ahmad Muaz Mohd Fishol gagal menempatkan diri ke perlawanan akhir selepas tumpas kepada juara Jakob Butturff dari Amerika Syarikat dengan keputusan 176-266.
Buttorff seterusnya memenangi kategori tersebut dengan menumbangkan Oscar Rodriguez dari Columbia dengan keputusan 246-201.

Sumber :-Malay Mail Online

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply