Singgah ke coconut shake Klebang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini suasana rumah agak gamat memandangkan adik beradik balik berkumpul di rumah . Memang tiada hal lain maka dirancang aktiviti jalan-jalan Melaka. Disebabkan masa agak terhad, cuma 2 lokasi utama dijelajahi pada kali ini. Walaubagaimanapun untuk entri ini, lokasi penceritaan adalah mengenai kawasan Klebang terutamanya gerai kelapa beraiskrim.
Bagi mereka yang pernah membaca entri air kelapa beraiskrim mungkin tertanya-tanya bentuk air tersebut. Jika dalam entri yang ditulis pada Mac 2009 tiada gambar ditepek dalam blog ini tapi kali ini terdapat bukti kedatangan si Zool ke sana. Sebelum menunjukkan bukti gambar tersebut, elok dikongsikan sedikit informasi mengenai gerai tersebut.

View Coconut Shake at Klebang in a larger map
Bagi memudahkan lagi pencarian, ianya terletak bersebelahan Caltex Klebang.
Kedai ni buka setiap hari dari pukul 12.30 tgh – 6.30 ptg kecuali hari Jumaat yang dibuka pukul 2 ptg – 6.30 ptg.

Layankan gambar-gambar yang sempat disnap :-

Photobucket
Alang-alang dah singgah ke Klebang pergi kejap ambil gambar dengan replika ’1Malaysia’ yang terbesar di Malaysia (betulkan kalau silap). Ia terletak di kawasan tambak laut Klebang. Memang besar sekali hinggakan gambar si Zool kecil amat. Kalau kena hempap tu memang boleh jadi lempeng.

Photobucket
Inilah lokasi untuk si Zool dan adik beradik mengisi perut. Bagi penduduk Klebang pasti ‘familiar’ dengan gerai tepi jalan yang sentiasa penuh dengan pelanggan.

Photobucket
Mee goreng bungkus yang menjadi pembuka selera. Kedai ni takde masak on the spot, cuma makanan bungkus-bungkus. Selain mee goreng terdapat bihun goreng, nasi lemak, pulut kuning dan kuih-kuih.

Photobucket
Ha masing-masing menikmati makanan dulu sementara menanti air kelapa sampai.

Photobucket
Tu dia.. Dah sampai air kelapa beraiskrim yang cukup popular bukan sahaja di Melaka malahan digemari oleh pelancong dalam dan luar negara tu..

Photobucket
Dah kumpul tu , apalagi masing-masing capai le. Dalam gambar tersebut, BDFabregas sedang memilih air yang paling enak dipandang mata..

Photobucket
Si Zool nak menyibuk meletak gambar huduhnya. Huhuhuhu. Memang lazat sekali woo. Jadi kepada sesiapa yang singgah ke Melaka area-area pantai Klebang, Limbongan elok kira singgah kat sini. Mungkin anda akan merasa keunikannya yang tersendiri..
Photobucket
Pergh.. Selesai semuanya.. Harga semuanya RM 16.00 untuk 5 gelas air kelapa beraiskrim istimewa. 2 Nasi lemak, 2 bihun goreng dan 1 mee goreng.

Sekian..

p/s:- Kalau ada sesiapa nak belanja si Zool ‘coconut shake’ Klebang ni boleh beritau. Ala bukan mahal sangat pun.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3747
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

13 Responses to “Singgah ke coconut shake Klebang”

  1. syiaNo Gravatar says:

    ha besh kn.. :) cedap2

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang best amat

    Reply

  2. tediNo Gravatar says:

    kat klebang tu parking susah lah !! pernah lalu minggu lepas. tak boleh nak berhenti. he he he

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang parking leceh sikit.. kena park tepi jln..

    Reply

  3. kenwooiNo Gravatar says:

    wah the 1Malaysia so big! =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup too big.. i think the biggest in m’sia and the world

    Reply

  4. nidhoneyNo Gravatar says:

    hai…. silent readers…

    wah,cam bez je coconut shake tue..bulan 8 ni nak g melaka,,leh lepak sana,,

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang best pun.. try la

    Reply

  5. liyanazizNo Gravatar says:

    x penah pun makan… gambar2 tu boleh delete x?? tengah keco ni… mencabar iman… tapi still nak tengok… =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    huhuhuhu.. dtg le kat klebang, melaka

    Reply

  6. FarahNo Gravatar says:

    Salam,

    This friday sya nk g melaka. Kt sna sya stay kt grand continental melaka. Berapa jauh ye nk ke tmpt coconut shake ni.

    TQ

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    dlm 8 km je… memang ramai kat sana…

    Reply

  7. [...] mungkin mengetahui satu lagi perniagaan coconut shake yang amat popular di Melaka. Selain dari coconut shake Klebang , coconut shake Batu Berendam juga popular di kalangan penggemar air kelapa muda ni. Ini kali kedua [...]

Leave a Reply