Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni tak banyak aktiviti menarik. Cuma cam biasa keje sambil mendengar bebelan dari boss.. Balik rumah pula terus telefon kedai repair komputer.. Almaklumlah YB ‘Blackened’ telah seminggu berkampung disana.. Mungkin ianya telah pun berada dalam keadaan stabil ataupun dalam ke’nazak’an. Telefon tokei kedai.. Sekali terlupa mana ntah letak resitnya.. Tapi melalui sedikit maklumat tokei kedai memberitau yang semua komputer warna hitam telahpun sihat.. Ini bermakna pastinya si ‘blackened’ terlibat sama.. Tokei pun memberitahu bahawa saya boleh ambil kembali ‘blackened’. Alhamdulillah.. Lega rasanya sebab hujung minggu ni ‘bdfabregas’ akan berpindah ke Rawang. Menjalani latihan praktikal.. Dan sudah tentulah laptopnya juga akan berarak ke sana.. Ini sekaligus menyukarkan lagi saya melakukan kerja-kerja mengupdate 7 blog-blog nanti.. Sebelum ke kedai elok solat Maghrib dulu bagi mendapat keberkatan..
Dari rumah ke kedai komputer yang jaraknya lebih kurang 4 km dengan rasa gembira.. Namun kecewanya bila lihat kedai telah tutup.. Eh tak sampai 1/2 jam tepon kedai dah tutup.. Apa ‘ci’ kedai ni.. Memang angin je rasa.. Tapi apa nak buat.. Dah diorang nak tutup.. Takkan saya nak kokang pintu kedai tu..
Kecewa sungguh.. Jadi nak hilangkan kekecewaan perlu melakukan aktiviti merelease tension.. Apa dia?? Menyanyilah di K-Box Semut Api di Jasin.. Tapi sekali lagi kecewa.. K-Box plak tutup.. Apekehalnya ni.. Bengang betul.. Baru je nak nyanyi lagu ‘Tomok’..
Nampaknya setelah tiada apa aktiviti saya mengajak adik pergi mengeteh di Medan Selera Anjung 4B yang baru keluar suratkhabar Utusan baru-baru n. Dah keluar suratkhabar mesti kena pegi kan .. Malu kalau awek orang tanya.. Tempat ni terbuka dan selesa kalau nak duduk mengeteh sambil melihat deruan angin tepi jalan dan bunyian merdu ambulans dari hospital berdekatan. Kawasan terletak berhadapan pejabat Belia 4B dan Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin .Sebenarnya medan selera ni biasa sahaja. Ringkas dan sempoi je tapi yang bagusnya ia diusahakan oleh budak-budak belia jasin.. Saya melayan nasi paprik dan coconut shake manakala Bdfabregas melayan nasi goreng kampung dan juga coconut shake..Melalui penelitian lidah ni rasanya coconut shake disini boleh dikatakan setanding dengan coconut shake Klebang.. Rasanya lepas ni boleh jadi port untuk mengetah.. Amacam Knizam?? Ada berani??
Secara amnya usaha persatuan Belia 4B memberikan ruang kepada ahli untuk berniaga disitu memang bagus.. Nampak mereka yang mengusahakan medan selera terdiri dari anak-anak muda belia. Dengan meniaga di medan selera ni sedikit sebanyak menaikkan taraf hidup mereka. Malahan diberitakan peniaga di kawasan tersebut mampu mendapat pulangan yang lumayan meniaga di kawasan tersebut..
Semoga ianya akan menjadi kawasan makan-makan yang disegani di satu hari nanti..
p/s : Takde gambar.. Tak bawa kamera digital atau telefon kamera.. Tapi kalau anda ke Jasin layanlah lepak sana.. Atau contact saya .. He he he
RSS Feed
Twitter



June 8th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


aisey baru nak tanya ada gambar ke idak hehe
Reply
zool
Reply:
June 8th, 2009 at 23:22
apa nak cari gambar.. kita gi je.. depan pejabat pos jasin bro..
gambar tak dpt nak ambil…
Reply
Bhai… gua nak tanya nie… dah lama tanya ramai orang.. tapi sorang pon tak dapat bagi jawapan yang realistik…
Akronim 4B tue apa maksud sebenarnya? …. hahaha.. jangan gelakkan gua yer…
Reply
zool
Reply:
June 9th, 2009 at 11:40
jawapannya… selepas ini..
ceh melawak sikit…
4B ialah singkatan nama bagi cogankata Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat ini menjadi tunjang perjuangan pertubuhan ini. Merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan pada 1965 dan dipimpin oleh saudara Mohs Kassim Shah selama tiga tahun (1965-1969). Konsep 4B sangat bersesuaian dengan agenda pertubuhan yang menumpukan dalam bidang perniagaan dan pertanianpada awal penubuhannya. Persepakatan ahli jawatankauasa pengasas pergerakan serta menyahut seruan kerajaan yang mahu membela nasib orang Melayu dalam dua bidang ini. Motto utama 4B ialah ‘ Bergerak’.
Curi dari website http://www.4bmalaysia.com/sejarah4b%20page.htm
gua pun tak tau maknanya sebelum ni… bukan ahli pun..
Reply