Sin Lin Jane, Siti Safiyah cipta sejarah sertai Kejohanan Boling Professional Wanita US

 

Atlet boling wanita negara, Sin Li Jane dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman apabila mencipta sejarah akan mengambil bahagian pada kejohanan Boling Professional Wanita US.
Kejohanan yang berlangsung selama empat hari di Richmond, Virgina pada esok itu akan menampilkan 16 atlet boling terbaik pada musim ini.

sin li jane siti safiyah
Siti Safiyah dan Sin Li Jane yang akan membawa cabaran negara.

Menariknya ia akan dilangsungkan bersempena hari perlumbaan NASCAR di US. Li Jane dan Siti layak secara merit apabila menjuarai Kejohanan Terbuka Lincoln dan Terbuka Wichita pada bulan Jun lalu.
Kejayaan mereka juga menyaksikan nama mereka termasuk dalam sejarah PWBA apabila menjadi peserta pertama dari Malaysia yang menjadi juara.
Selepas mencapai kejayaan membanggakan pada kejohanan Sukan SEA tempohari pastinya kedua-dua atlet ini ingin bersaing pada peringkat tertinggi.

Kejohanan ini menampilkan format ‘single-elimination’. Li Jane diletakkan sebagai pilihan ke 14 akan menentang atlet Colombia Rocio Restrepo pada perlawanan permbukaan manakala Siti yang diletakkan sebagai pilihan ke 13 akan bertemu Clara Guerrero jgua dari Colombia.
Li Jane adalah seorang yang berpengalaman dalam kejohanan antarabangsa dimana pada tahun lepas dia telah mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi Masters Boling Eropah.
Siti pula pasti ingin membawa momentum terbaik dari Sukan SEA untuk ke Kejohanan Jelajah ini.

Satu kejayaan yang kurang dicanangkan. Walaubagaimanapun diharap kedua-dua atlet ini mampu melangkah ke peringkat seterusnya dan cuba menerapkan semangat ‘Malaysia Boleh’. Pasti mereka berkemampuan untuk menjulang kejuaraan.\

Sumber : TheStar

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Sin Lin Jane, Siti Safiyah cipta sejarah sertai Kejohanan Boling Professional Wanita US

Leave a Reply