Tudung-tudung menarik boleh dibeli dengan harga masyuk
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum..
Sebenarnya agak frust sikit.. Ops jangan salah anggap ye.. Frust bukan sebab cintan cintun tapi sebab kesilapan men’delete’ blog sebelum ini.. Walau bagaimanapun saya menganggap ada hikmah disebaliknya.. Mungkin post tersebut tidak cukup ‘umph’ untuk dipamerkan di blog ini.. Saya juga sebenarnya bercadang untuk menukar theme dalam masa terdekat ni.. Bukan sebab theme sekarang tak cantik tapi penyelesaian berkenaan tulisan masih tidak diketemui lagi.. Huhuhuhu..

Okay mulakan dengan topik kita..Bercerita tentang silaturrahim mesti ramai yang menjangkakan yang saya akan menulis mengenai kes berkenaan majlis silaturrahim yang pernah menjadi isu sedikit masa dulu.. Tidak saya tidak mahu membincangkan mengenai politik.. Biar orang lain yang lebih arif tentang perkara tersebut menulis mengenainya..

Silaturrahim makna yang mudah iaitu ‘ tali persaudaraan’ dan ‘kekeluargaan’.
Silah = ‘ hubungan’.
Ar Rahim = ‘pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga’
( sumber : http://al-azim.com/masjid/khutbah17.html )Kenapa agaknya tiba-tiba sahaja saya ingin menulis berkenaan topik ini?? Sudah semestinya ada kejadian yang menyebabkan tajuk ini ditulis dalam blog ini. Kalau anda mengikuti blog ini mungkin ada terbaca pasal tajuk persahabatan yang hilang..
Dan entah kenapa saya cuba untuk sahabat yang hilang tu.. Mendapat respons yang baik tetapi tak taulah sejauh mana silaturrahim itu bersambung.. Mungkin lama dan mungkin sekejap.. He he he.. Kalau beliau membaca jangan ambil hati… Ada banyak cerita sebenarnya untuk diluahkan..

Okay cukup hal peribadi… Kita fokus kepada perbincangan tentang silaturrahim.. Secara amnya dunia globalisasi yang merubah manusia dari perhubungan secara konvensional kini bertambah maju melalui dunia maya percintaan… Ops silap taip plak…
Silaturrahim di zaman ini cukup menarik dan global.. Jika sebelum ini kawan-kawan hanya dalam lingkungan. Dan ada juga individu yang mampu mengeratkan lagi silaturrahim melalui internet.. Camne ye??Tidak pernah bersua muka tapi ikatan persahabatan dijalinkan melebihi dari rakan offline… Itulah kelebihan dunia internet..

Walaubagaimanapun silaturrahim antara sesama keluarga perlu didahulukan kerana ianya lebih penting.. Kenapa perlu lebih mempercayai kepada rakan-rakan berbanding sanak saudara??

Bagaimana pula dengan suasana silaturrahim kini??? Dengan dunia yang mengejar kekayaan, sedikit demi sedikit ikatan kekeluargaan kini makin renggang.. Ibu bapa kurang berinteraksi dengan anak.. Kerja yang menuntut masa berlebihan menyebabkan anak-anak tidak mengenal erti kehidupan sebenar.. Maka berlakulah kecelaruan identiti dan seterusnya mengakibatkan gejala sosial masa kini. Ini perlu diambil perhatian oleh institusi keluarga bagi memastikan ikatan silaturrahim antara satu sama lain akan terus kukuh…
Rasanya cukup setakat ini post saya kali ini… Sedang mengumpul idea untuk menghasilkan satu artikel yang agak menarik selepas ini…. Tajuk telahpun berputar di kepala cuma masih belum cukup isinya..
bloggerzool
p/s : Gambar ketika sedang mengemaskini blog pada malam Isnin.. Di hadapan PC yang tercinta..

Tags: ,

4 Responses to “Silaturrahim”

  1. oh…kehadiran zool mengingatkan. lama tidak berinteraksi. agak sibuk dgn teater dan kerja akhir2 ni. kalau turun kl. datanglah tonton

    [Reply]

  2. amboi. khusyuk bebno die mengadap skrin kompite. mcm nak msk terus je dlm kompite itew. huhu.

    [Reply]

  3. ryan –> ye lah.. alamak kalau ada buat teater kat Melaka boleh beritau.. Tapi tak janji nak tengok teater tu.. Tak minat.. Huhuhuhuhu
    aria ayumi —> kalau boleh masuk memang nak masuk, boleh carik kat mana aria menyorok.. He he he

    [Reply]

  4. Umat akhir zaman mmg gitu !sirratulrahim tidak penting. Yg penting duit..duit..duit..duit…sampai penghujung nafas…….

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>