Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelum bercerita tentang topik di atas hari ni agak bercampur emosi.. Walaupun dalam keadaan kebengangan namun ada beberapa perkara gembira..
Pertama, dapat menyimpan duit dalam ASB.. Walaupun masih 4 angka namun tetap gembira melihat angka yang meningkat sedikit demi sedikit.. Alhamdulillah..
Kedua, dapat cek kedua dari nuffnang.. Walaupun hanya 2 angka tapi ianya tetap rezeki.. Insyaallah mungkin bulan ni akan cashout lagi dan harap akan meningkat ke 3 angka lepas ni..
Lepas ni mungkin saya akan berkira-kira untuk menambah satu lagi blog. Blog yang mempunyai ‘niche’ ( topik tertentu)..
Okay cukup dengan perkara gembira.. Masuk dengan perkara yang kureng sikit.. Hari ni memang mood di tempat kerja agak ‘down’.. Ada beberapa perkara yang menyakitkan hati yang dilakukan oleh orang di sekeliling.. Sedikit sebanyak memang memberi kesan pada diri ini.. Jadi rasanya saya nak berkongsi sifat-sifat orang sekeliling yang memang dibenci oleh saya (mungkin anda juga) :-
1. Cakap besar.. Kononnya dia seorang je yang pandai.. Orang lain semuanya bodoh.. Tapi biasalah orang camni kebanyakan ‘tong kosong’. Hanya bercakap tapi hampeh… Riak dan takbur akan wujud terhadap individu ini.
Lepas tu selalu cerita betapa hebatnya beliau di tempat lama.. Dengan kakitangan berpuluh kali ganda tapi tak mampu handle jabatan berkakitangan kurang dari 50 orang.. Huh
.. Kadang-kadang kesian sebab kalau tak bertaubat mungkin akan terima musibah seperti Qarun.. Wallahualam..
2. Suka memperkecilkan orang.. Dan saya yang menjadi mangsanya.. Mentang-mentang saya tak berapa melawan.. Ye lah dia pangkat besar sapalah kita.. Tapi takpe.. Walaupun sentiasa diperkecilkan namun saya tetap berusaha dalam kaedah lain.. Mungkin benda-benda ‘online’ mampu membantu saya mencapai kejayaan… Yakin boleh.. ZOol boleh..
3. Suka menghina orang.. Tak kiralah dari segi fizikal dan kisah hidupnya.. Tak rasa bersalah je mempermainkan orang.. Dah tu orang yang tak pernah dikenali pun dipermainkan namanya. . Camne ek kalau sampai waktu nanti.. Nak minta maaf dengan sapa.. Wallahualam..
4. Sesumpah atau bahasa modennya hipokrit atau bahasa orang lama, bermuka-muka.. Depan kita pijak semut tak mati, belakang macam2 cerita.. Inilah ragam organisasi.. Memang akan wujud individu camni..
5. Merengek-rengek.. Ni biasa kaum Hawa la ni.. Terutama bila suruh buat keje lebih sikit.. Ada je nak mengelak dan menggunakan sifat wanita untuk tak nak keje lebih.. Ada je alasan..
6. Suka membesarkan benda yang kecil.. Kadang-kadang perkara yang kecil tapi kecohnya macam besar sangat kesalahan tu..
7. Membebel. Asyik membebel dan cerita tentang keburukan orang kat mana-mana. Kadang-kadang tu satu hari dicerita perkara yang sama.. Nanti kat padang masyhar seronoklah tengok bebelan diri sendiri tu nanti..
8. Cakap tak serupa bikin.. Suruh orang lain berdisiplin tapi selalu datang lambat.. Lepas tu balik awal.. Camne tu?? Cam ‘ketam mengajar anak jalan lurus le’ atau ‘ Guru kencing berlari nak ajar murid kencing duduk’…
9. Buka pekung didada.. Ceritakan keburukan organisasi pada kawan-kawan kerja tempat lain.. Kelakar dok ada kadang-kadang.. Ye lah.. Kan kelemahan sendiri tu..
10. Tikam dari belakang.. Rasanya yang ini memang ramai.. Tak tau le apa motif dia.. Jatuhkan orang semata-mata untuk menunjukkan ke’terer’an kepada orang atas.. Takpelah.. Dunia kan bulat.. Ada masa di atas dan akan ada waktu di bawah…
11. Birokrasi melampau.. Mungkin anda sebagai orang awam sering bengang dengan kelewatan sesuatu kelulusan atau sebagainya.. Tapi sebenarnya kadang kala keputusan sesuatu perkara melibatkan banyak ‘kepala’ dan menyebabkan sesuatu perkara itu sering lambat .. Saya sering terkena dengan perkara tersebut.. Dan sering dimarahi oleh orang awam.. Nak buat camne bukan keputusan saya..
12. Bagi betis nak paha.. Ini satu perkara yang paling sakit hati.. ‘Orang kita’ masih berbudaya subsidi.. Bayangkan rumah kos rendah berharga RM35,000 tapi kecohnya macam membeli rumah berharga RM100K. Nak itu nak ini.. Tu belum kira rumah pangsa .. Bila mohon semua nak kat bawah.. Bila bawah takde tak nak… Cuba memaksa nak yang kat bawah.. Macam-macam alasan.. Tapi pernah terfikir tak dengan orang negara lain yang berumah beratapkan langit bertilamkan rumput.. Huh..
13. Campurtangan orang ‘besar’. Ini yang paling menyakit hati.. Dengan orang awam semuanya boleh.. Kita pelaksana yang sakit hati.. Nak langgar prosedur ke??
Okaylah rasanya cukup setakat ini.. Mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan keadaan kesakithatian dalam diri ini.. Sebenarnya banyak lagi sifat mereka disekeliling yang menyakitkan hati.. Kadangkala rasa nak keluar je dan buat SOHO (Small Office Home Office).. Kurang sikit karenah birokrasi..
RSS Feed
Twitter



March 7th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


semua itu politik pejabat….
member aku siap nak cari santau dayak sebab tak puas hati dengan ketua jabatan dia yang suka berlagak dan menekan orang..
adesss…
Reply
zool
Reply:
March 8th, 2009 at 12:03
takdelah sampai camtu sekali nak santau..
apa beza kita dengan dia kalau nak menyantau plak..
Biarlah pembalasan datang dariNya…
Reply
uzair
Reply:
March 8th, 2009 at 17:50
siap nak main santau..bahaya siot..
Reply
mmg begitulah sifat manusia. Cubal lihat jari bila menujuk kesalahan orang. Pasti jari telunjuk yang satu di point kepada yang salah padahal empat lagi jari menunju salah diri kita. Tak caya cuba buat. Allag tu maha adil zul, biarkan mereka dengan sombong bodoh mereka.
Reply
zool
Reply:
March 8th, 2009 at 12:04
betul tu..
Reply
bermacam orang bermacam ragamnya kan Zool
kita patu rileks dan jangan ambil pot. semuanya memang merungsingkan
Reply
zool
Reply:
March 10th, 2009 at 12:38
Rungsing serta membengangkan..
He hehe..
layan blog lagi best
Reply
rasanya 1st time baca post zool yg pjg…slalunya zool post pendek2 aje…
Reply
zool
Reply:
March 10th, 2009 at 12:39
Hm,.. memang biasa pendek2 je artikel..
Tak sampai 300 perkataan .. Kali ni yang panjang plak..
Reply