Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Siapa calon Pesuruhjaya Sukan yang baharu?

Selepas pengesahan kontrak Pesuruhjaya Sukan, Dr Wirdawati Mohd Radzi akan ditamatkan, kini timbul persoalan calon yang akan mengisi kekosongan kerusi badan induk Sukan ini.
Dr Wirdati telah memulakan tugas pada 1 Oktober tahun lalu dan ditawarkan kontrak selama dua tahun namun dipendekkan tawaran tersebut.

Menurut KBS pemendekan kontrak perkhidmatan beliau adalah pertukaran biasa yang berlaku dalam perkhidmatanan kerajaan.
“Pengalaman dan kepakaran Dr Wirdati sepanjang berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Sukan telah membantu KBS khususnya dalam memperkemas urus tadbir persatuan-persatuan dan badan-badan sukan.

“Di kesempatan ini, KBS ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Dr Wirdati atas perkhidmatan dan jasa beliau sepanjang menerajui Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,” kata kenyataan itu.
Dalam perkembangan lain, Dr Wirdawati dikatakan akan membawa isu itu untuk pengadilan bagi menjaga reputasinya selaku seorang Pensyarah Kanan Pusat Sukan dan Sains eksersais Universiti Malaya(UM).
“Pengalaman dan kepakaran Dr Wirdati sepanjang berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Sukan telah membantu KBS khususnya dalam memperkemas urus tadbir persatuan-persatuan dan badan-badan sukan.

“Di kesempatan ini, KBS ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Dr Wirdati atas perkhidmatan dan jasa beliau sepanjang menerajui Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,” kata kenyataan itu.

Sumber :-BHarian

Kami di Ligakampung.com juga sedikit tertanya-tanya dengan pemendekan kontrak tersebut. Ini kerana perlantikannya adalah melalui proses temuduga untuk menggantikan Datuk Zaiton Othman, Pesuruhjaya Sukan yang lalu.
Beliau juga pernah menduduki jawatan tertinggi dalam bidang sukan termasuk pernah menjadi Bendahari Persekutuan Pengurusan Sukan Asia dari tahun 2014 hingga 2016.
Jadi adakah sesuatu konflik berlaku atau ada orang telah mengintai jawatan ini? Kita tunggu sahaja..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)