LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sherbini igauan ngeri Nicol

Nampaknya Datuk Nicol David kempunan untuk mendapatkan kejuaraan pertama tahun ini selepas tumpas pada suku akhir Kejohanan Squash Antara Juara yang berlangsung di Grand Central Terminal, New York pada selasa lalu.

Pemain berusia 33 tahun dari Penang sekali lagi gagal menumbangkan pemain no 1 dunia kini, Nour El Sherbini. Pemain berusia 21 tahun dari Mesir itu berjaya menumbangkan Nicol dengan keputusan 11-5, 6-11, 11-6, 13-15, 11-8 dalam masa 64 minit itu. Walaupun seakan menamatkan perlawanan dengan empat set namun Nicol yang kini berada di ranking ke 7 dunia tidak berputus asa sehingga mengajak lawan yang lebih muda ke perlawanan penentuan.

Nour yang kini memegang rekod kemenangan 7-4 ke atas Nicol akan bertemu pemain no 4 dunia dari Perancis, Camille Serme.

Memang agak menyedihkan apabila melihat Nicol gagal dalam harapan untuk mengejar kejuaraan pertama semenjak tahun 2015. Namun tidak mustahil jika dilihatkan kepada perlawanan yang mana Nicol masih mampu bersaing dengan pemain yang lebih muda dari beliau. Semoga beliau tidak berputus asa untuk kejohanan seterusnya.

Untuk maklumat mengenai kejohanan Skuash sila rujuk laman web ini https://psaworldtour.com/

 

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)