Shahrukh juarai Kejohanan Masters 2017

Bukan Shahrukh Khan, tapi Shahrukh Amin Zulkifli berjaya membuktikan usia bukan penghalang untuk menjuarai Kejohanan bowling Masters 2017 di Sunway Mega Lanes hari ini.
Atlet dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) berusia 17 tahun bermula sedikit perlahan dengan menduduki tangga kelapan pada pusingan awal sebelum merekodkan jatuhan pin tertinggi bagi saingan stepladder untuk merebut slot ke final.

Menantinya dalam aksi final ialah pemain penuh berpengalaman dari Korea Selatan, Jeong Tae-Hwa.

Tiada perasaan gementar buat Shahrukh apabila atlet kelahiran Pahang itu merekodkan 220 jatuhan pin, lebih 10 pin daripada yang dilakukan oleh Jae-Hwa untuk muncul juara, sekaligus memastikan gelaran masters kekal milik pemain Malaysia selepas Kang Bo Long menjuarai edisi 2016.

“Saya tidak menjangkakan kemenangan dalam aksi final. Tetapi fokus saya adalah mempamerkan balingan yang terbaik dan menikmati perlawanan ini. Kejayaan ini adalah untuk ibu bapa saya,” kata Shahrukh.

Sementara itu, Shahrukh berharap penyertaannya dalam skuad pelapis kebangsaan bermula Mac tahun depan dapat membantu meningkatkan lagi prestasi dirinya.

Gelaran masters ini adalah kejuaraan kedua buat Shahrukh selepas memenangi Grand Prix Kebangsaan, Februari lalu.

“Saya baru sahaja menghabiskan peperiksaan SPM dan gembira berjaya mencipta kemenangan ini,” katanya.

1 thought on “Shahrukh juarai Kejohanan Masters 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives