post

Shahrel Fikri masih sayangkan Perak

IPOH, 18 Nov — Penyerang pasukan Perak Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mengakui masih sayangkan skuad The Bos Gaurus di sebalik tawaran yang diterimanya daripada beberapa pasukan Liga Super lain termasuk Selangor untuk musim depan.

Pemain berusia 26 tahun dan juga penyerang skuad kebangsaan itu berkata bagaimanapun beliau masih ada masa untuk membuat keputusan sama ada kekal bersama skuad tersebut atau berhijrah memandangkan kontraknya bersama Perak hanya tamat pada 31 Dis ini.

“Tipulah kalau kata tidak sayang Perak. Dua tahun beraksi bersama pasukan dan rakan-rakan. Memang banyaklah kenangan manis sepanjang tempoh itu,” kata pemain kelahiran Tawau, Sabah itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Adly Shah Ahmad Tah dilaporkan berkata persatuan itu tidak akan memaksa mana-mana pemain yang bakal tamat kontrak pada musim ini kekal bersama Perak, selepas media melaporkan bintang utama pasukan bakal memilih haluan berbeza.

Antara nama pemain skuad itu yang dikaitkan bakal berhijrah ialah Muhammad Shahrel yang dikhabarkan dilamar skuad The Red Giants.

Menurut Muhammad Shahrel Fikri, pihak pengurusan Perak telah mengadakan pertemuan dengannya bulan lepas, namun pemain yang mesra dengan panggilan ‘Eki’ itu enggan mengulas lanjut isu yang dibincangkan.

— BERNAMA

Kalau ingin ke depan berpindahlah Shahrel. Ia penting untuk anda menimba pengalaman baharu dan mungkin juga mencari pendapatan yang lebih tinggi. Bermain bola sepak bukan pekerjaan jangka panjang. Anda perlu menyambar peluang yang ada.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.