post

Shahrel Fikri gagal misi Kasut Emas 2020

Penjaring tempatan terbanyak Liga Super 2020, Shahrel Fikri sedikit kecewa selepas usaha untuk mencapai Anugerah Kasut Emas bagi musim ini tidak tercapai.
Pemain pasukan Perak ini berjaya merekod 10 jaringan dalam keseluruhan 11 perlawanan musim ini namun tidak berdaya untuk mengatasi penyerang Perak yang memintas pada saat akhir.

“Bila terlepas kedua-dua (Anugerah Kasut Emas dan slot ke Piala AFC) ia satu perasaan yang sangat-sangat kecewa kerana tidak dapat bantu pasukan dan merealisasikan impian penyokong melihat saya dinobatkan penjaring terbanyak. Saya membayangkan saya mungkin dapat meraih salah satu daripada itu.

“Secara peribadi saya katakan saingan musim ini sangat mencabar walaupun saya berjaya jaringkan 10 gol. Ia bukan senang dan saya berbangga dengan diri sendiri dan rakan sepasukan yang berikan terbaik dalam setiap perlawanan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

“Ini satu pengalaman baharu di mana saya mengejar gelaran penjaring terbanyak dan pada masa sama perlu bantu Perak meraih tiga mata. Ia satu beban yang berat tetapi saya telah berikan segalanya dan apa yang berlaku semalam kami (pemain) terima seadanya.

“Saya dan pasukan perlu meneruskan serta lupakan apa yang berlaku dalam saingan liga musim ini dan menghala tumpuan untuk berikan yang terbaik dalam saingan Piala Malaysia nanti,” jelasnya yang lebih dikenali sebagai Eky.
– BERNAMA

Ligakampung.com mengucapkan syabas kepada Shahrel Fikri. Meskipun tidak berjaya mendakap Kasut Emas namun pencapaiannya tetap boleh dibanggakan. Masih ada peluang untuk meningkat naik dan usaha lagi pada musim hadapan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.