LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Setujukah anda pemain import punca pasukan kebangsaan gagal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Mungkin kita sedia maklum tentang keputusan perlawanan bolasepak persahabatan skuad Harimau Malaya menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam Ahad lalu dimana pasukan negara kecundang 1-4. Kekalahan ini menimbulkan kebimbingan kepada skuad bolasepak kebangsaan Malaysia yang akan menentang Yemen pada hari Jumaat ini bagi perlawanan kedua untuk kelayakan Piala Asia 2015.
Pastinya jurulatih, Datuk K Rajagobal sekali lagi menjadi perhatian peminat bolasepak tempatan. Pengendali skuad Malaysia itu memberikan alasan berikut :-

“Anda boleh lihat kita tidak mempunyai penyerang yang mampu menjaringkan gol dengan jaringan skuad negara dilakukan Safiq yang bukannya penyerang. Kita perlu sedar dengan situasi ini berbanding lawan (Arab Saudi) yang mempunyai penyerang berkaliber,”
safiq rahim
online photo storage

Safiq Rahim penjaring gol tunggal skuad negara menentang Arab Saudi. Adakah hanya beliau sahaja harapan untuk menjaringkan gol?
“Pemain lain seperti Mohd Amri (Yahyah) lebih kepada posisi di belakang dan bukannya penyerang semula jadi. Kita tidak mempunyai Safee Sali (gambar) ketika ini (akibat kecederaan) yang boleh disifatkan seorang pemain yang kuat untuk membolehkan kita mengamalkan corak permainan diamalkan sejak dua tahun lalu. Sekarang dia tidak ada dalam skuad kebangsaan.
“Anda boleh lihat liga (domestik) sekarang. Pasukan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Selangor, Kelantan… siapa penyerang mereka? Kita kena menerima hakikat ini. Tapi, tiada apa yang boleh dilakukan, ini yang berlaku dalam liga, semua pihak boleh memberikan pandangan, namun bukan senang untuk pemain beraksi di pentas berbeza,”

Sumber :- HMetro

Kenyataan ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa beliau mengatakan bahawa kehadiran pemain import dalam kancah bolasepak tempatan memberi kesan terhadap barisan penyerang dan juga skuad negara amnya. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan beliau ? Berikut merupakan pandangan peribadi saya :-

1. Secara amnya memang ada kebenaran dalam kenyataan beliau dimana dalam kancah Liga Malaysia, kebanyakan pemain penyerang yang menyinar adalah dari kalangan pemain import. Tetapi ia bukan alasan untuk menidakkan kemampuan pemain penyerang tempatan. Pemain penyerang lain seperti Fauzi Roslan menunjukkan taring di liga tempatan tapi masih tidak diberi peluang beraksi pada perlawanan persahabatan pada malam itu. Ada juga beberapa penyerang seperti Faderin Kadir dari Terengganu yang langsung tidak dipandang. Malahan, pemain seperti Manaf Mamat yang bermain pada separuh masa pertama juga berpotensi. Yang pentingnya bagaimana untuk potensi mereka digunakan dalam skuad negara.

fauzi roslan
image

Pemain penyerang Pahang, Fauzi Roslan yang merupakan penjaring terbanyak bagi pemain tempatan dengan enam gol yang masih tidak diberi peluang.

2. Penyertaan pemain import sepatutnya memberikan cabaran kepada pemain Malaysia. Mereka boleh belajar bagaimana pemain seperti Forkey Doe, Marlon Alex James menggunakan kekuatan fizikal dan skill dalam saingan Liga Malaysia.

3. Pemain-pemain dari Liga Perdana juga perlu dilihat. Selain dari pasukan Kedah, pemain-pemain dari pasukan Sime Darby , PDRM , Sarawak dan lain-lain boleh diambil untuk memperkukuhkan lagi barisan Malaysia. Jadi jurulatih masih mempunyai banyak pilihan.

bobby gonzales
photo hosting sites

Bobby Gonzales, pemain penyerang dari pasukan Sarawak yang menyinar dalam Liga Perdana tapi masih tidak diberi peluang.
4. Kehadiran pemain import sebenarnya menjadikan saingan liga Malaysia lebih meriah. Memang ada beberapa pasukan yang silap dalam memilih pemain import tapi terdapat pasukan yang mendapatkan pemain import berkualiti yang sedikit sebanyak membuatkan liga Malaysia mendapat perhatian. Cuba kita ingat, dulu sukar untuk pemain kita mendapat tempat di luar tapi bila liga Malaysia memberi peluang kepada pemain import maka ada pasukan yang mula mengintai skuad Harimau Malaya.

scott-olerenshaw
Bekas pemain import Sabah tahun 90-an, Scott Olerenshaw memberikan pendapat.

Itu adalah sedikit sebanyak pendapat saya tentang isu ini. Mungkin ada yang setuju dan ada yang tidak. Bagaimana pula dengan anda?

Sekian

Please follow and like us:
error0

8 thoughts on “Setujukah anda pemain import punca pasukan kebangsaan gagal

  1. Kekalahan dalam bermain tak boleh di salahkan kepada satu atau dua orang sahaja.Keharmonisan dan kekompakan akan sangat mempengaruhi prestasi yang di dapatkan.

  2. yang penting mereka mendapat tunjuk ajar coach yang betul pasti masalah player tak timbul…

  3. alasan paling bodoh oleh seorang jurulatih pasukan kebangsaan yang aku pernah dengar.

    isu kekalahan besar ini patutnya bukan disalahkan kepada penyerang tetapi pertahanan. tengok balik gol yang kita bolos. semua mistakes yang kita boleh elakkan. 2 gol kita lepaskan last minit.

    Come on Raja. Ur time is up!

  4. mana yang lemah harus di baiki,klu salah kan dia sama dia tak bawa apa2 makna. moga pasukan bola misa akn lbih mantap pada masa akn2 dtg

  5. Ni antara alasan rajagopal yang paling “tak masuk akal” aku dengar..aku sokong apa Scott cakap..kalau kat liga luar, berapa kerat pun penyerang original dia main posisi tersebut..banyak pemain luar jadi striker,..tp still negara diorang power main..

    pasal tu kena hantar banyak pemain kita main luar..especially penyerang…lagipun xhabis2 dia nak amik idlan talaha tuh..Fauzi ada, apasal tak mau pakai..pilih player pasal prestasi semasa, bukan sebab status dia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)