Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Mungkin ramai yang merasakan kaedah menghantar kad ucapan raya adalah satu yang tidak relevan lagi. Ini ditambah dengan perkembangan teknologi kini dimana ucapan boleh dihantar melalui SMS, MMS, Emel, FB dan pelbagai kaedah terkini. Ucapan yang dihantar melalui teknologi boleh disampaikan dalam masa beberapa saat berbanding menggunakan kad raya yang mengambil masa beberapa hari.
Walaubagaimanapun saya masih merasakan menggunakan kad ucapan hari raya mempunyai nilai sentimental tersendiri berbanding menggunakan teknologi.

Sumber Gambar :- IbuDalila
Berbalik kepada tajuk diatas, Pos Malaysia hanya mengenakan kadar 50 sen bagi kad ucapan perayaan yang tidak melebihi 50 gram ke semua destinasi dalam negara. Tawaran tersebut bermula 23 Julai 2012 hingga 16 Februari 2013 yang akan meliputi perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina. Melalui tawaran ini, rakyat Malaysia boleh menghantar lebih banyak kad ucapan kepada sahabat handai dan sanak saudara pada kadar lebih rendah berbanding pos biasa.
Bagi yang ingin mengepos kad-kad ucapan Hari Raya Aidilfitri dinasihatkan untuk menghantar kad tersebut sebelum 13 Ogos bagi memastikan kad ucapan dihantar tiba ke destinasi sebelum sambutan Syawal.
Sumber Maklumat :- Sinar Harian
Oo ye.. Si Zool juga bercadang untuk menghantar kad raya kepada pengkomen setia di blog ini. Jadi mungkin sesiapa yang komen entri ini si Zool akan hantar emel untuk meminta alamat. Jadi harap diberi emel yang betul ketika dimasukkan dalam kotak emel kat komen ni ye.
Sekian
p/s :- Tahun lepas menghantar 20 kad raya.. Tahun ni nak cuba tambah lagi 30 kad raya.. Mampu ke tidak agaknya..




salam Zool,
ShueQry di sini, kita dah lama berkenalan dari internet start dari 2007 lagi, kali ni saya mahu lakukan sesuatu yang baru sempena hari bahagia saya menjelang raya ni. Zool, emailkan alamat pos awak untuk saya hantarkan kad raya dari Kota Kinabalu, Sabah. You are a close friend, indeed. Boleh ya..
Reply
zool
Reply:
July 23rd, 2012 at 13:30
telah hantar emel alamat..
Reply
mmg dh lama x beli kad raya sjak guna internet ni..
Reply
zool
Reply:
July 23rd, 2012 at 13:31
terima kasih kerana sudi memberi kan alamat
Reply
[...] kepada tajuk diatas, kad raya fasa pertama telah siap ditulis dan ditampalkan dengan setem 50 sen. Sebanyak 6 unit kad akan dimasukkan ke dalam peti surat pada hari ini. Semoga kad tersebut berjaya [...]