Sesat di Syawal

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Minggu ni nampaknya isu Datuk Shahrukh Khan mendapat perhatian ramai blogger… Wallahualam.. Tak boleh citer panjang kang kena tatatertib ..

Sesat

Okay cerita pasal topik utama.. Biasalah waktu-waktu bulan Raya ni ramai yang akan pegi ke rumah terbuka.. Dan tak kurang juga ada yang mengambil peluang melangsungkan perkahwinan..Dalam keadaan ini biasalah berlakunya masalah sukar nak cari rumah penganjur..Kadang-kadang ada yang terpaksa pulang setelah berpusing-pusing mencari rumah penganjur. Antara perkara yang sering menyebabkan berlakunya sesat adalah seperti berikut :-

1. Tiada perancangan sebelum bermulanya perjalanan. Jika anda tidak mengetahui kawasan tersebut, pelan lakaran perlu diminta.. Dapatkan dari rakan yang boleh dipercayai.. Ini bagi mengurangkan kebarangkalian untuk sesat dan menghabiskan minyak..
2. Cuba menggunakan jalan yang tidak ‘familiar’. Konon-konon nak explore jalan le.. Ianya memang bagus untuk anda memahirkan jalan-jalan baru tetapi janganlah buat waktu dalam perjalanan ke majlis.. Ia akan menyebabkan tekanan kalau silap jalan.. Mungkin anda boleh explore dalam perjalanan balik..
3. Koordinasi antara yang tahu dan tak tahu tidak bagus.. Ini biasa berlaku dalam konvoi-konvoi… Yang lebih teruk apabila mengkonvoi pengantin.. Bayangkan pengantin dah sampai rumah pasangan tapi orang yang bawa barang-barang tak sampai-sampai lagi.. Mau berpeluh tak ingat.. Selain itu bagi yang berkonvoi eloklah selalu memandang orang belakang.. Jangan nak pecut je..
4. Pastikan handphone anda berfungsi dengan baik.. Ini perlu kalau tersilap masuk simpang.. Anda boleh menelefon kawan anda..

Rasanya ramai dari kita pernah mengalami situasi berikut.. Apa pendapat anda?? Mungkin ada yang boleh anda kongsikan di sini.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :736
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

5 Responses to “Sesat di Syawal”

  1. adilNo Gravatar says:

    henset yg paling penting dalam situasi ni pada aku.
    dan pastikan kalau ada henset pon, mesti ada kredit. kalo tak, parah!

    aku ada 1 cerita, kawan aku nak balik umah dia kul 3 pg. tayar pancit kat tengah jalan. henset ada tp kredit takde. terpaksa tahan kereta yg lalu lalang. nasib baik kereta tu berhenti. kalo tak???

    :)

    Reply

  2. KampungBoyNo Gravatar says:

    Haha…kes cmni jarang berlaku. tapi tula…kadang benda nie jadi tanpa disangka. Oleh itu, selalulah beringat n besedia terutamanya semasa memulakan prjalanan.

    Reply

  3. shazNo Gravatar says:

    tkt kne tatatertib eh?hihi..btw, cite pal sesat ni..sabtu lps sy n kwn2 g i beraye kt umah kwn kt pantai dalam..ssh jugak la cr umah die..last2 ktorg sesat smpi ke bangsar village..terpakse la kol empunya tuan umah amek ktorg kt bangsar tu gei umah die..hehe..

    Reply

  4. applebloggerNo Gravatar says:

    hehe..selalu gak sesat jalan dulu.

    Reply

  5. zoolNo Gravatar says:

    adil –> ye lah.. lupa nak tulis.. bagus tambahan tips tu..
    Kampungboy –> kena beringat sebelum jalan terutama tempat yang kita tak tau…
    shaz –> he he he.. paham2 je lah… biasalah situasi ni selalu berlaku lebih2 kalau berlagak pandai.. last2 jadi pandir..
    appleblogger –> sesat ke mana??? jangan jalan yang sesat sudahlah.

    Reply

Leave a Reply