Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Separuh akhir pertama Piala AFC 2016 : Johor DT sekadar seri di gelanggang sendiri

Pasukan bola sepak JDT yang baru sahaja dimahkotakan kejuaraan Liga Super 2016 mempunyai satu lagi misi iaitu untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFC yang dimenangi pada tahun lalu.
Perjuangan skuad bintang Malaysia ini telah sampai ke peringkat separuh akhir dan hanya selangkah untuk ke perlawanan akhir.

Perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Larkin, Johor tidak mencapai impian untuk membawa bekalan selesa. Pasukan yang dihadapi, Bengaluru FC pernah ditumpaskan pada peringkat kumpulan di Larkin dengan keputusan 3-0.
Namun kedatangan pasukan wakil dari India itu beraksi dengan barisan pemain yang berbeza. Pasukan JDT mempunyai beberapa peluang pada separuh masa pertama melalui Juan Martin Lucero serta Azamuddin Akhil.

Pemain import JDT, Jorge Pereyra Diaz sekali lagi menunjukkan bisanya apabila menghasilkan gol pada minit ke 52 melalui satu tandukan hasil sepakan sudut Safiq Rahim pada minit ke 52. Selang 5 minit selepas itu pasukan Bengaluru berjaya menyamakan kedudukan melalui rembatan dari luar kotak penalti oleh Eugeneson Lyngdoh.
Walaupun pelbagai percubaan oleh kedua-dua pasukan namun keputusan kekal 1-1. Sudah pasti bekalan ini sedikit perit untuk dibawa oleh pasukan JDT ke Stadium Sree Kanteerava, India pada 19 Oktober depan.
Semoga pasukan JDT mampu melakar kemenangan di tempat lawan kerana itu yang pernah dilakukan pada perlawanan akhir Piala AFC 2015 lalu.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)