Separuh Akhir Pertam Piala AFF 2018 : Malaysia seri tanpa jaringan menentang Thailand

Semalam, skuad Harimau Malaya yang dalam perjalanan untuk mengejar cita-cita memenangi Piala AFF 2018 telah menentang pasukan pilihan, Thailand.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad negara hanya mampu terikat tanpa jaringan. Ia mungkin menyukarkan impian skuad negara untuk melangkah ke akhir apabila akan bertemu skuad Thailand dalam perlawanan timbal balik pada 5 Disember di Bangkok nanti.


Walaubagaimanapun terdapat beberapa aspek positif dalam skuad negara yang perlu diteruskan dalam perlawanan timbal balik kedua itu. Antaranya ialah :-

1) Aspek permainan offensif yang ditonjolkan oleh pasukan negara. Nampak pemain Malaysia banyak melakukan hantaran pendek dan mengawal bola dengan lebih tenang. Ia adalah bagus namun mereka perlu lebih banyak mengasak dan melakukan percubaan tepat berbanding hanya menghantar sesama sendiri.

2) Syamer Kutty nampaknya berjaya menjadi jeneral yang baik di tengah padang. Terdapat persefahaman yang baik antara beliau dan Akram Mahinan pada malam tadi. Ia bagus melihat penguasaan di bahagian tengah.

3) Pertahanan tidak bolos dalam dua perlawanan. Ini memberikan petanda baik antara 4 gandingan pertahanan iaitu Syahrul Saad, Aidil Zafuan, Syahmi Safari dan Syazwan Andik. Cuma pada perlawanan kedua kehilangan Syazwan Andik perlu diisi dengan baik oleh Nazirul Naim. Nampak Nazirul Naim mungkin mampu mengisi kekosongan tersebut berdasarkan pengalaman beliau yang pernah beraksi untuk skuad negara dalam pelbagai kategori.

Walaubagaimanapun ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah :-

1) Sumareh nampaknya kadangkala terlalu tamak dan lambat membuat keputusan. Adakala beliau melakukan ‘dribble’ terlalu banyak hingga akhirnya pemain lawan sudah boleh membaca pergerakan beliau. Dalam perlawanan kedua , mungkin beliau tidak dapat beraksi akibat kecederaan dan diharap pemain yang mengisi kekosongan itu mempunyai semangat setiawakan yang lebih.

2) Barisan serangan masih tumpul. Walaupun ada beberapa aksi yang menarik tapi terlalu mengharapkan impak Norshahrul amat menyukarkan. Safawi Rasid perlu lebih tajam dan tenang ketika mendapat peluang dalam kotak penalti. Beliau perlu memperbaiki kesilapan kerana peluang menentang pasukan seperti Thailand bukan selalu tiba. Dan pada perlawanan kedua pasti taktikal mereka akan berubah.

3) Peluang bola mati tidak dapat disempurnakan. Kalau kita lihat peluang sepakan sudut , sepakan percuma agak sia-sia. Sepatutnya peluang ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Itu serba sedikit pendapat kami di Ligakampung.com . Kami berbangga dengan corak permainan yang diterapkan oleh Tan Cheng Hoe yang menonjolkan aksi positif dari pemain negara. Sudah pasti taktikal berbeza akan ditampilkan ketika bertandang di gelanggang lawan namun kami yakin skuad negara mampu melangkah ke perlawanan akhir.
Kami meramalkan perlawanan kedua berkesudahan dengan Malaysia menumpaskan Thailand 2-1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives