Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2017 : Malaysia catat kemenangan sulung

Selepas tumpas pada dua perlawanan tempohari, pasukan negara memerlukan kemenangan untuk mencerahkan peluang bagi mendapatkan tempat ke Kejohanan Hoki Piala Dunia Lelaki pada tahun depan.
Perlawanan ketiga menentang Korea Selatan memerlukan pasukan negara memperbaiki kelemahan yang dilakukan pada perlawanan sebelum ini.

Pasukan Korea Selatan yang dikejutkan pasukan China pada perlawanan lalu memulakan serangan dengan pantas namun S. Kumar berjaya menidakkan cubaan pasukan Korea Selatan. Pasukan negara yang ketinggalan pada dua perlawanan terdahulu berjaya mendapatkan gol melalui pakar sudut penalti, Razie Rahim pada minit ke 35.
Selepas gol tersebut pasukan Korea Selatan terus mengasak namun kubu gol Malaysia berjaya dikekalkan sehingga tamat.

Kemenangan ini membuka peluang kepada pasukan negara dan mereka perlu menumpaskan atau sekurang-kurangnya seri dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang China pada perlawanan esok untuk melangkah ke peringkat kalah mati.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2017 : Malaysia catat kemenangan sulung

Leave a Reply