Sensitif

Assalamualaikum semua..
Nampaknya Page Ranks saya akhirnya mendapat nilai.. Setelah agak lama berusaha kini telah mencapai PR2. Walaupun angkanya terlalu kecil namun ianya menunjukkan bahawa blog ini masih bernyawa dan mempunyai pengunjung tersendiri.. Terima kasih kepada anda semua..
Dan nampaknya hari ini (30.10.2007) Jabatan Ketua Menteri Melaka mengadakan jamuan hari raya peringkat Jabatan. Ini sedikit sebanyak menambahkan kapasiti dalam perut Dan seterusnya menyelamatkan duit dari dikeluarkan untuk makan tengahari.. He he he..
Okay kita mulakan semula topik asal..Sensitif adalah suatu keadaan di mana akan berlaku kepekaan terhadap sesuatu. Terdapat sensitif yang melibatkan perasaan, emosi dan juga terhadap persekitaran..

Saya fokuskan pada sensitif emosi dan perasaan.. Kadar sensitif seseorang itu juga mampu membuatkan seseorang itu sukar untuk didekati. Ini kerana individu lain takut untuk berkomunikasi kerana takut akan menyinggung perasaan.. Individu yang sensitif biasa akan mudah menyendiri dan memencilkan diri.. Situasi ini mampu memberikan impak negatif pada seseorang jika keadaan sensitif ini terlalu meruncing.. Kadangkala ianya mampu menimbulkan konflik dan seterusnya pergaduhan..
Secara jujurnya saya kadangkala agak sensitif dan mudah terasa namun dapat mengawalnya… Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda merupakan seorang yang sensitif atau anda mempunyai kenalan yang mudah terasa?? Dan bagaimana cara anda menanganinya??

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :380
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

8 Responses to “Sensitif”

  1. awat yg sensitif nih? rilek2…. kadang2 mmg kita beremosi dan terlebih sensitif… hormon terlebih kot…

    Reply

  2. chotNo Gravatar says:

    blog ko pasal bola tu aktif lagi tak?

    Reply

  3. azwanNo Gravatar says:

    sensitif, aku bukan seorang yang sensitif.

    Reply

  4. acaiNo Gravatar says:

    aku sensitif kalau ada org kutuk org2 yg aku sayang,huhu..:) kalau kutuk aku takpe,hehee

    Reply

  5. zoolNo Gravatar says:

    shutterspeaks–> hm.. entahlah bro… dah tua agaknya..
    chot —> buat masa nie tak aktif.. agak bz ngan blogz2 lain..
    azwan —> baguslah camtu..
    acai –> oo camtu ker .. tak kisah kalau ramai2 kutuk ko??

    Reply

  6. aria-ayumiNo Gravatar says:

    sume org ade sensitip ni. cuma beza sikit ngan byk je. kite jenis mudah sensitip utk certain things je. tp, bese kite pendam je. kwn kite mmg ade ah yg jns sensitip die xbleh ttp. sng je cara nak setelkan diorg. kite wat tak tahu je kat die. diam je dl. pastu, kite tego ah. bese org cepat sensitip ni, die cepat sejuk.

    Reply

  7. zoolNo Gravatar says:

    aria ayumi —> lebih kurang ngan saya le.. saya tak banyak citer.. banyak simpan n hilang begitu aja..

    Reply

  8. AyuNo Gravatar says:

    B’untng deh gw bkn org yg b’tipe SENSITIF,stlh gw tau definisi dr SENSITIF.
    Tnyata lbh baik ga sensitif kan dr pd sensitif¿!

    Reply

Leave a Reply