Seni Pertahanan Diri

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera semua…

Entah kenapa tiba-tiba tajuk ini melekat dalam minda ini.. Mungkin disebabkan pengaruh katun manga “History Strongest Disciple Kenichi”.

Katun manga yang berkisar tentang seni mempertahankan diri..

Sambil berjalan membaca blog-blog saya terbaca satu post oleh aisyahrozi mengenai ketakutan beliau terhadap jenayah seksual .. Jadi rasanya mempelajari teknik mempertahankan diri sedikit sebanyak penting dalam kehidupan seharian yang makin banyak berlaku kes jenayah..
Bercerita tentang seni mempertahankan diri ini saya memang pernah mempelajari sedikit sebanyak tentang silat.. Secara jujurnya saya tidak pernah menamatkan sesi pelajaran seni tersebut.. Walau bagaimanapun apabila masa terluang kadang kala cuba untuk berlatih bersendirian.. Okay saya mulakan dengan kisah di sekolah.. Ketika zaman sekolah dahulu ketika ko-kurikulum saya mengikut rakan-rakan termasuk KPSU (PA) dan CD PEG BELIA..
Teringat masa belajar.. Kalau tak silap 3 orang guru telah mengajar bermacam-macam silat.. Dengan kuda-kuda dan pelebat yang bermacam tetapi sayang kerana tiada sesi penamat yang menyebabkan ianya berlalu begitu saja..

Dan setelah lebih 10 tahun tidak mempelajari sebarang ilmu pertahanan diri, rakan saya DengDang telah mengajak untuk menyertai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia( Jangan tak tau ZUl penulis ebook pakej kit blogger pun salah seorang ahli silat cekak ..
Memang mempelajari silat cekak berbeza dengan silat-silat yang pernah dipelajari sebelum ini.. Tanpa kuda-kuda dan latihan menggunakan sparring memang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap tubuh badan si Zool yang comel ni.. Setakat jatuh tergolek cam nangka busuk tu takpe lagi tapi bila tang ‘selendang’ memang mengengkek,… ALmaklumlah lengan ni agak halus dan diletakkan di atas bahu… Memang terasa pukulannya….
Setelah belajar lebih kurang 4-5 bulan akhirnya saya terpaksa meninggalkan pengajaran tersebut.. Walaupun ada beberapa pelajaran lagi sebelum ditauliahkan namun ketidakupayaan dan kemalasan menguasai diri.. Lebih-lebih lagi pembelajaran dilakukan disebelah malam.. Menyebabkan ketidak rajinan bertambah-tambah lagi.. Walau bagaimanapun kadang kala saya cuba juga untuk melakukan praktis di rumah bagi mengingati sedikit sebanyak pergerakan.. Mana tau tiba-tiba memerlukan saya menggunakan ilmu tersebut…
Bagaimana dengan anda semua?? Mesti ada cerita pasal ilmu seni mempertahankan diri yang pernah anda pelajari.. APa dia ??? Dan sejauh mana anda belajar??

p/s :- Sebenar minat nak mempelajari Kendo yang guna kayu tu.. Tapi tak tau kat mana nak belajar..

Pengunjung Entri Ini :3066

13 comments:

  1. aku dulu kan, pernah belajar taekwando utk err.. er.. 3 hari..

    aku ta’tahan kene stay bawah panas.. ha ha

    Reply

  2. Aku dah learn 2 seni bela diri dgn jayanya..silat dan taekwando. Tp konsep sebenar menjaga keselamatan diri ialah run from any trouble/danger place :p

    Reply

  3. catzer –> bagus2.. apa silat tu?? Ceritalah sikit..
    tech blog –> dah.. nak masuk buah umum dah.. .. ops lupa tanya ko cekak malaysia atau cekak hanafi??

    Reply

  4. Salam….
    Aku rasa masa kita blajau silat kat sekolah dulu macam tak best sebab persatuan silat sekolah kita masa tu dipergunakan oleh bebudak tak bertamadun yang anggap silat tu tempat untuk ponteng dan melepak.Ntah apa ler jadik sekolah kita sekarang….Harap sekolah tu dibimbing oleh Pengetua Gred Jusa C yang dapat menjadikan sekolah lama kita tu sekolah cemerlang di Jasin…

    Reply

  5. KPSU (PA) –> aku tak peduli ngan orang lain cuma mungkin masa tu kesedaran kita kurang tentang silat ni (macam sekarang sedar).. diharap sekolah tu dapat mengajar teknik pertahan diri tak kira silat, taekwando dan sebagainya.. AKu harap budak2 kita akan menceburi dengan serius .. Pengetua Jusa C?? Aku rasa yang penting tu pengetua tu sendiri.. takde Jusa pun takpe janji ada rasa tanggungjawab.. Kadang2 orang dah berpangkat tinggi ni akan boleh gila kuasa.. Banyak contohnya seperti di…. (ops nanti kena saman)..
    abgjas –> minat bruce Lee abgjas.. tapi kalau ada ilmu kungfu cam bruce lee ok gak jangan mati cam bruce Lee sudahlah.. badan kuat ilmu hebat tapi mati sebab dadah ( kalau tak silap..)
    aman –> belajo taekwando dah pakai tali pinggang apa?? kenichi tu memang aku layan sebab sedikit sebanyak macam aku.. tapi katun tu beri inspirasi sedikit sebanyak.. jangan tak caya aku belajo sikit sebanyak pergerakan katun ni..

    Reply

  6. Salam….
    Org pangkat tinggi memang laa patut gila kuasa sebab semua dia control…duit ada semua bole jadi…tapi yg aku heran….yang pangkat kecik pun sibuk gak…duk diam2 tak leh ker(not to mention anyone).Hehehehe.Jusa C tu maksudnyer cemerlang dari segi akademik,kurikulum, ko-kurikulum,sahsiah dan sebagainya.Pengetua Jusa C bukan atas nama jawatan dia tu tp yang penting sekolah yang dia jaga mesti’superb’laa.

    Reply

  7. mohdismail –> huhuhu.. lagi hebat..
    dekan –> dulu tu bile ek..
    KPSU (PA) –> pangkat tinggi ek.. sapa2 pun jadi pengetua jalankan tanggungjawab pada agama/.//

    Reply

  8. aku belajau silat je. Itu je yg aku mampu dan bayaran dia murah. Pasal cite anime atau manga di atas tu, aku dah baca. Tapi kes camtu, 1 dalam sejuta la..

    Tapi teknik2 yg dalam tu, memang leh apply. Tak caya? Gi la cuba..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

68,976 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge