LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Senarai Pemenang Trofi Liga Malaysia 2013

Nampaknya Liga Malaysia 2013 telah melabuhkan tirai selepas berakhirnya kejohanan Piala Malaysia 2013. Ini akan memberikan rehat kepada skuad-skuad yang bakal bertanding pada tahun depan untuk merencanakan pasukan masing-masing. Sudah pasti ada pasukan yang sedang mengintai pemain-pemain yang beraksi baik pada saingan Liga Malaysia 2013 untuk diserapkan dalam pasukan masing-masing. Tak kurang juga ada pasukan yang terpaksa mengugurkan pemain akibat tamat kontrak, digugurkan atau diminta pelepasan oleh pemain-pemain. Apapun diharap tiada kontroversi perpindahan pemain seperti yang berlaku pada musim ini.

Berbalik kepada tajuk diatas, dibawah ini disenaraikan pasukan-pasukan yang telah berjaya memenangi kejohanan bolasepak Malaysia pada tahun ini iaitu :-

Senarai Pemenang Trofi Liga Malaysia 2013

Piala Malaysia 2013 : Pahang
| KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2013 |
Liga Super 2013 : Lions XII
Liga Perdana 2013 : Sarawak
Liga FAM 2013 : Pulau Pinang
Piala FA 2013 : Kelantan
|KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2013 |

Piala Belia 2013 : Selangor
Piala Presiden 2013 : Kelantan
Piala Sultan Haji Ahmad Shah/Sumbangsih 2013: ATM

koleksi-musim-ini

Tahniah kepada pasukan yang berjaya menjulang trofi pada tahun ini. Kepada pasukan yang tak berjaya (termasuk skuad Melaka) perlu meningkatkan lagi usaha di musim 2014. Diharap selain Liga Malaysia, diharap pasukan Kelantan dan Selangor yang akan mewakili Malaysia dalam kejohanan Piala AFC 2014 dapat memberikan cabaran yang lebih jauh lagi. Mana tau, skuad tersebut mampu menjuarai kejohanan Piala AFC sekaligus boleh layak ke kejohanan Piala Juara-juara Asia nanti.

Selain itu, pihak FAM juga perlu mengambil iktibar kontroversi yang berlaku dalam Liga Malaysia seperti :-
1. Pertikaian kredibiliti pengadil. Ini kerap berlaku pada musim 2013 ini sehingga menimbulkan persoalan dikalangan peminat bolasepak tempatan. Malahan ada yang disabitkan bersalah mengatur perlawanan.
2. Pertikaian perpindahan pemain. Ini perlu diambil perhatian serius supaya tiada percakaran antara satu sama lain.
3. Isu rasuah yang masih membelenggu Liga Malaysia. Perkara ini perlu dibendung bagi mengelakkan bolasepak negara semakin jauh dari peta bolasepak dunia.
4. Isu penggantungan individu dalam bolasepak akibat memberikan kritikan terhadap FAM. Sekiranya betul nak buat penguatkuasaan perlulah menyeluruh dan tiada ‘double standard’.
5. Isu pembayaran gaji pemain yang tertunggak dan ada yang langsung tidak berbayar. Ini mengakibatkan kes rasuah menjadi semula.
6. Isu stadium penuh seperti yang berlaku pada perlawanan antara Pahang dan JDT di stadium Darulmakmur tidak berulang. Antara yang perlu diambil perhatian adalah ulat tiket haram yang merupakan penyumbang terbesar masalah tersebut.
7. Isu pemain Harimau Muda yang bermain dengan pasukan bukan negeri kelahiran. Mengikut kontrak pemain Harimau Muda yang dilepaskan perlu bermain dengan negeri kelahiran kecuali dengan kebenaran dari negeri terbabit. Ia perlu diperhalusi agar tidak mendatangkan masalah kepada pemain dan pasukan.
8. Isu pemecatan jurulatih. Pihak pasukan perlu mengetahui tentang prosedur jika ingin memecat jurulatih mahupun pemain supaya tidak memberi impak buruk pada pasukan.

Secara amnya, pada tahun ini kejohanan bolasepak tempatan semakin mendapat tempat dihati peminat. Kemunculan pasukan JDT telah merancakkan lagi saingan kepada pasukan lain. Walaupun pasukan JDT tidak menjuarai kejohanan tapi saya merasakan kesan positif dapat dilihat kepada pasukan lain yang cuba bersaing untuk membuktikan sesuatu.

Disamping itu beberapa perancangan yang telah direncanakan perlu diperhalusi pada musim 2014 iaitu :-
1. Persediaan terakhir setiap pasukan sebelum masuknya era penswastaan Liga Malaysia pada 2015. Semoga penswastaan akan dapat memajukan lagi bolasepak Malaysia di persada antarabangsa.
2. Pertambahan kuota seorang lagi pemain import dalam skuad bolasepak yang bertanding dimana 1 darinya mestilah dari negara Asia. Setiap pasukan kena faham tentang situasi untuk mengambil pemain import yang benar-benar terbaik dan bukan hanya tangkap muat sahaja.
3. Jawatankuasa Integriti yang dicadangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi membendung rasuah perlu bertindak aggresif.
4. Jadual perlawanan perlu diteliti dengan sebaiknya agar tidak memberi masalah lebih-lebih lagi pada tahun hadapan akan berlangsungnya Piala Dunia. Pasti sedikit sebanyak memberikan impak pada bolasepak tempatan.

Okay cukuplah setakat ini. Dimana pasukan anda? Adakah pasukan anda berjaya memenangi sebarang kejohanan pada tahun ini. Pasukan si ZOol, baru je nak membangun pada tahun hadapan. Harap mampu menang Liga FAM 2014 bagi pasukan Melaka.

Sekian

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Senarai Pemenang Trofi Liga Malaysia 2013

  1. Nampaknya LIga Malaysia season 2014 akan semakin meriah dimana setiap pasukan sedang membuat persiapan bagi memantapkan & menguatkan skuad, fuh~

Leave a Reply to kakiblog Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)