Nampaknya senarai pemenang anugerah bolasepak kebangsaan 2013 telah pun diumumkan petang tadi. Anugerah yang ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak tempatan bagi melihat pemain, pasukan , kelab dan jurulatih terbaik. Sudah pasti pemain paling bernilai amat dinanti-nantikan. Adakah Norshahrul Idlan masih mempertahankan gelaran tersebut?
Berikut merupakan senarai pemenang anugerah bolasepak kebangsaan 2013
Kredit Gambar : FB Dunia Sukan Online
Persatuan Bolasepak Terbaik: Persatuan Bolasepak Terengganu
Pasukan Kelab Terbaik: Sime Darby FC
Kelab Penyokong Terbaik: Kelantan
Anugerah Fairplay: PDRM FA
Anugerah Khas: Datuk Seri Paul Mony, Datuk Dell Akbar Khan, Datuk Azzudin Ahmad dan Datuk Seri Ibrahim Saad.
Pemain Muda Harapan: Junior Eldstal (Sarawak)
Pemain Import Terbaik: Marlon Alex James (ATM)
Jurulatih terbaik: Dollah Salleh (Pahang)
Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Pertahanan Terbaik: Baihaki Khaizan (Lions XII)
Pemain Tengah Terbaik: Badhri Razi (Kelantan)
Penyerang Terbaik: Norfarhan Mohamad (Kelantan)
Pemain Paling Bernilai (MVP): Badhri Razi (Kelantan)
Akhirnya, pemain yang menjadi berita sensasi akibat tidak dipilih dalam skuad kebangsaan iaitu Badri Radzi berjaya memenangi pemain paling bernilai dan juga pemain tengah terbaik. Nampaknya 3 pemain Kelantan berjaya memenangi 3 dari 4 anugerah pemain terbaik tu..
Sekian
tahniah buat yang semua yang terima anugerah.
Memang mereka berhak menang..
tahniah piya… kelantan dilihat mendominasi…
aisehh..amri tak menang la plakk..
Wahhh saya bangga menjadi rakyat terengganu..hehe
selamat kepada para pemenang anugrah bolasepak kebangsaan 2013…