LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Senarai Pemain terpilih perlawanan persahabatan menentang Bangladesh

Pasukan bolasepak kebangsaan akan mengadakan aksi persahabatan bertemu Bangladesh pada 29 Ogos ini. Perlawanan persahabatan ini adalah bagi persiapan untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 September ini.
Hanya 11 muka lama yang disenaraikan pada 2 aksi Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 sebelum ini. Jurulatih Dollah Salleh mengambil keputusan drastik selepas keputusan yang mendukacita menentang Palestin pada perlawanan kelayakan kedua tempohari.

Pemain seperti Syahrul Azwari, S. Kumaahran, Nazirul Naim (Harimau Muda), Matthew Davies (Pahang), Zamir Selamat, Idris Ahmad dan Nurridzuan Abu Hasan (Perak) mendapat panggilan pertama dalam skuad senior manakala pemain seperti Wan Zack Haikal, Amirizdwan Taj dan Nor Farhan dari Kelantan mendapat panggilan semula ke skuad Harimau Malaya.

Berikut merupakan senarai pemain yang terpilih bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Bangladesh

dollah-salleh

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Zamir Selamat(Perak) , Khairul Azhan (Pahang)

Pertahanan
Razman Roslan, Mathew Davies (Pahang), Afif Amirudin (PDRM), Yong Kuong Yong (Pulau Pinang), Zubir Azmi (Terengganu), Nazirul naim Che Hashim (Harimau Muda), S Kunanlan (JDT), Idris Ahmad (Perak), Amiridzwan Taj (Kelantan)

Tengah
Baddrol Bakhtiar (Kedah), Joseph kalang Tie(Sarawak), Ahmad Syamim Yahya(FELDA), Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), Syahrul Azwari (Harimau Muda), Safiq Rahim (JDT), Nasir Basharuddin, Nurridzuan Abu Hasan (Perak), Wan Zack haikal (Kelantan), Azamuddin Akil (Pahang)

Penyerang
Nor Farhan(Kelantan), Amri Yahyah (JDT), S Kumaahran (Harimau Muda), Norshahrul Idlan(Terengganu)

Dari senarai mungkin diharapkan ada perubahan dan kemajuan dalam perlawanan persahabatan sekaligus membawa sinar pada perlawanan menentang UAE nanti. Memang terlalu sukar untuk mendapatkan mata menentang UAE nanti tapi perlu diusahakan juga oleh skuad Harimau Malaya.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Senarai Pemain terpilih perlawanan persahabatan menentang Bangladesh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)