LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Senarai pemain Harimau Malaya untuk aksi persahabatan 8 September 2014

Pasukan Harimau Malaya kendalian jurulatih, Dollah Salleh bakal memulakan aksi perlawanan persahabatan pertama pada 8 September depan.
Perlawanan menentang pasukan kebangsaan Takijistan ini lebih kepada percubaan namun pasti keputusan terbaik tetap diharapkan oleh pasukan Harimau Malaya.
Ditambah dengan kemerosotan pasukan kebangsaan yang kini (sehingga 17 Julai 2014) berada di ranking 151 dunia. Satu kedudukan yang tidak boleh dibanggakan oleh penyokong bolasepak tempatan.
dollah

Senarai 22 pelatih Harimau Malaya telah disenaraikan untuk ujian tersebut tapi pasti akan ada perubahan di saat akhir memandangkan masih ada sebulan lebih sebelum perlawanan tersebut berlangsung. Kebanyakan pemain yang dipilih merupakan nama biasa dalam skuad Harimau Malaya. Namun terdapat beberapa nama yang kembali dipanggil dalam skuad kendalian Dollah Salleh ini.

Senarai 22 pelatih Harimau Malaya untuk aksi menentang Takijitsan

Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias, Khairul Azhan

Pertahanan : Zubir Azmi, Muslim Ahmad, Bunyamin Umar, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Asraruddin Putra, Aidil Zafuan

Pemain Tengah: Baddrol Bakhtiar, Badhri Radzi, Azamuddin Akil, Hafiz Kamal, R. Gopinathan, S.Kunalan, Safiq Rahim, Amri Yahyah, S. Chanturu

Penyerang : Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Fakri Saarani, Norfarhan Muhammad

//Secara peribadi ada beberapa pemain yang saya rasakan perlu disenaraikan seperti Wan Zaharulnizam dari Kelantan dan juga Amirul Hadi dari JDT. Malahan saya merasakan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha belum cukup bagus pada musim ini untuk disenaraikan. Apapun ini adalah keputusan sementara. Mungkin akan ada rombakan di saat akhir.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Senarai pemain Harimau Malaya untuk aksi persahabatan 8 September 2014

  1. Barisan pemain yang mantap… Semoga percaturan Dollah Salleh menjadi… Good Luck kepada barisan pemain Malaysia..

  2. aku harap safee sali leh meletup kali ini.

    Susah nak dapat striker macam dia lagi dah.

    Aku harap safee sali main kat pasukan lain lepas ni kalau nak selalu ada dalam kesebelasan utama. Payah main kat JDT. Berebut dengan player lain.

    1. tu le.. dia kena pegi cari team lain untuk kembalikan prestasi… kalau tidak mungkin penamat karier makin hampir

  3. Lebih kurang sama aje team kali ni. Then again, tak ramai pemain-pemain yang benar2 menonjol buat Malaysia terutama di bahagian serangan yg mana semua team dalam MSL guna penyerang import. The best striker kita masih Safee Sali biarpun dia dah merosot sbb dia lah cuma ‘penalty box’ striker yg kita ada. Budak Rozaimi pun ok, cuma masih lembek lagi. Kena angkat besi 50kg tiap2 hari. 😀 Setuju juga yg Wan Rozaimi harus diberi peluang, cuma in the long run (lawan mat salleh) dia bukanlah calon sesuai kerana saiznya yg ‘kecik’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)