LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Senarai pemain dipanggil untuk menjalani latihan pusat dan Keputusan Liga Perdana Malaysia 5 Julai 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya pasukan Harimau Malaya akan memulakan latihan pusat bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Chelsea, persahabatan di Jepun dan menentang kelab gergasi dunia, Barcelona.
Bagi menghadapi pasukan-pasukan tersebut Datuk K Rajagobal dan ahli-ahlinya telah memilih pemain-pemain yang dirasakan terbaik. Berikut merupakan senarai 27 pemain untuk menjalani latihan pusat :-

Farizal Marlias (Perak), Norazlan Razali, Amri Yahyah, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar, K. Gurusamy, S. Kunanlan, Aidil, Safiq Rahim, Safee Sali, Mat Yo(JDT), Alex(Pahang), Fakri Saarani, Nik Shahrul, Apek, Shakir Shaari, Piya, Norfarhan, Aziz MAt Rose (Kelantan), Zubir Azmi, Ashari(Terengganu)Nazrin Nawi(N9) Amiridzwan Taj, Reuben (ATM) , Nizad Ayub, Nazmi Faiz (PKNS) Fadhli Shas (HM A)

Selain itu terdapat 14 pemain yang berada dalam senarai simpanan untuk dipilih sekiranya berlaku kecederaan atau kecemasan kepada pemain sediaada :-

Khyril Muhmeen(Kedah), Ramzul Zahini, Nasriq (Selangor), Saiful Nizam (Pahang), Al-Hafiz Hamzah, Farid Ramli (JDT), Faiz Subri (Kelantan), Faizal Muhammad (Terengganu), Bobby Gonzales, Putera Nadher, Sani Anuar Kamsani (Sarawak),Affize Faisal, Christie (ATM), Helmi Remeli (PKNS).

Bagaimana pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan senarai yang dipilih? Secara peribadi ada beberapa pemain dalam senarai utama yang saya kurang setuju. Mungkin pemain yang sedang berada dalam ‘form’ seperti Bobby Gonzales lebih layak berbanding Fakri Saarani. Ia bukan bermakna Fakri Saarani tidak layak namun Bobby sedang berada dalam prestasi terbaik sehingga banyak menjaringkan gol. Mungkin peluang perlu diberikan. Malahan mungkin pemain berstatus bintang seperti Safiq dan Safee Sali juga seperti tidak sesuai untuk menyertai skuad ini berdasarkan prestasi semasa.
Walaubagaimanapun terpulang kepada ketua jurulatih. Mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri.

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah setuju dengan senarai tersebut? Dan adakah pemain lain yang anda rasakan layak? Kongsikanlah sikit.

Untuk tambahan; ranking terbaru FIFA ( 5 Julai 2013), skuad Harimau Malayakekal di kedudukan ke 159 sama seperti kedudukan bulan lepas. Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke 158 (Januari),Februari (159) Mac (164), April (163) dan Mei (161). Kedudukan terbaru meletakkan pasukan negara setanding dengan negara seperti Palestin (151), Bangladesh (152), Maldives (154) dan Chad (160). Bagi peringkat Asia Tenggara, Malaysia kekal di tangga kelima di belakang Thailand (138), Filipina (144), Vietnam (145) dan Singapura (156).

Untuk tambahan :

Keputusan terakhir Liga Perdana Malaysia 5 Julai 2013

Kuala Lumpur 0 – 1 Kedah
12′ Alen Guc

Perlis 0 – 4 Johor
7′ Azhar
28′ Ezaidy
72′ Gallegos
83′ Kusaini

Sime Darby 2 – 0 Pos Malaysia
40′,80′ Fazrul Hazli

N.S Betaria 0 – 1 UiTM FC

| Dapatkan Jersi Bolasepak Malaysia Original! |

PA Putrajaya 0 – 1 PDRM

Sabah 1 – 2 Sarawak
37′ Rosdin
30′ Muamer
45′ Bobby

Sekian..

p/s :- Malas pula nak buat entri banyak-banyak.. Letakkan kat dalam satu post je..

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Senarai pemain dipanggil untuk menjalani latihan pusat dan Keputusan Liga Perdana Malaysia 5 Julai 2013

  1. Aku rasa, tak setuju pasal ko cakap fakri tak ok..bg aku skrang dia not bad..memang berusaha..tengok game die 4,5 game lps. aku bg 7.5/10..nampk beza dr dlu..tang boby aku agree..patut dia ada..safee sali tu kasi keluarkan dlu.

    1. ok.. sekadar pendapat sahaja.. memang fakri agak baik pada hujung2 ni tapi masih belum cukup tenang dan yakin di depan gol…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)