LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Senarai Pemain Bola Sepak bagi Aksi Kelayakan Piala Asia 2019

Nampaknya prestasi baik pemain bawah 22 tahun negara (B-22) mula diperhatikan oleh jurulatih pasukan Malaysia, Nelo Vingada.
Dalam senarai 24 orang pemain kebangsaan yang akan menjalani latihan pusat bermula Sabtu ini, seramai enam orang pemain dari skuad Bawah 22 Tahun yang beraksi di Sukan SEA 2017 dipanggil.
Ia pasti satu penghormatan bagi mereka yang akan bersama-sama pemain senior sebelum terbang ke Korea Utara pada 5 Oktober dan Hong Kong pada 10 Oktober ini.

Persaingan bagi skuad negara dalam Kumpulan B ini menyaksikan enam pemain yang beraksi menentang Hong Kong pada 5 September lalu terpaksa digugurkan iaitu Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) yang digantung perlawanan serta penjaga gol Farhan Abu Bakar (Kedah).
Pemain yang mendapat tempat adalah penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Safawi Rasid (JDT), Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) serta seorang lagi muka baharu iaitu Nazmi Faiz Mansor, 23, dari JDT.

Senarai penuh pemain Pemain Kebangsaan :

Baddrol Bakhtiar – Kedah
Syazwan Zainon -Kedah
Khairul Helmi Johari -Kedah
Akram Mahinan – Kedah
Ifwat Akmal Chek Kassim – Kedah
Fitri Omar – Kedah
Ahmad Hazwan Bakri -Johor Darul Ta’zim
Safiq Rahim – Johor Darul Ta’zim
Amirulhadi Zainal – Johor Darul Ta’zim
Darren Lok – Johor Darul Ta’zim
Nazmi Faiz Mansor – Johor Darul Ta’zim
Safawi Rasid – Johor Darul Ta’zim
Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy – Perak
Shahrom Abdul Kalam – Perak
Nazirul Naim Che Hashim – Perak
Amirul Azhan Aznan – Perak
Kiko Insa – Pahang
Matthew Davies – Pahang
Nor Azam Abdul Azih – Pahang
Khairulazhan Khalid – Selangor
Adam Nor Azlin – Selangor
Wan Zack Haikal Wan Nor – Felda United
Shahrel Fikri Md Fauzi – PKNP FC
Syamer Kutty Abba – Pulau Pinang

– MStar

Pasti ada yang kecewa kerana nama N Thanabalan tiada dalam senarai ini kan. Tapi tak mengapa, mungkin Nelo Vingada mempunyai sebab tersendiri. Apapun diharap barisan ini mampu memberikan keputusan yang lebih baik.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Senarai Pemain Bola Sepak bagi Aksi Kelayakan Piala Asia 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)