BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » santai » Senarai kemalasan dalam hidup seharian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Image Hosting
Setiap orang ada perkara yang malas hendak dibuat dalam kehidupan seharian. Kadangkala perkara yang malas itu boleh diubah namun biasanya ia tidak berubah kerana kita tidak pernah melihat dan menganalisa perkara yang dimalas itu. Untuk entri ini saya ingin menyenaraikan perkara yang si Zool malas dalam kehidupan seharian. Mungkin entri ini seperti membuka ‘pekung di dada’ atau memalukan diri sendiri tapi mungkin juga ianya akan membantu untuk memperbaiki diri dengan merajinkan perkara malas yang membelenggu diri ini. Antaranya ialah :-

1. Malas nak seterika baju. Yup, kemalasan ni memang sukar untuk diperbaiki. Dah lama rasanya si ZOol tak melakukan kerja-kerja seterika baju. Takkan nak mengharap abang tolong seterika pula kan? Huhuhuhuhuhu.
2. Membasuh baju. Memang lama tak basuh baju sendiri. Kalau nak ikutkan kat rumah tu ada je mesin basuh tapi tunggu abang yang masukkan. Huhuhuhuhuu.
3. Membasuh kereta. Ye lah. Dah lebih sebulan kereta MyVi SilverRay ku tak terbasuh-basuh. Nak pergi basuh kat kedai pun malas apalagi basuh kat rumah. Kena buat jadual kurang-kurang sebulan kena basuh ZOol oit..
4. Pergi kerja. Ni sebab takde motivasi dalam diri ni. Wargh!! Camne ek nak hilangkan sifat malas pergi kerja. Cari kerja lain kot??
5. Malas bersenam terutama waktu pagi. Sepatutnya lepas bangun Subuh terus je bersenam ringan kan? Kononnya berangan nak bawa basikal waktu pagi tapi tak buat-buat juga. Sekarang ni pun aktiviti berbasikal agak kurang ni. Bangun zool oit..
6. Malas membaca bahan berilmiah termasuklah Al-Quran. Adoyai.. Memang lalai sungguh. Baca blog, kartun manga boleh je tapi baca buku, AL-Quran malas sangat. Grrr.. betul..
7. Malas berhias. Walaupun lelaki pun kena pakai elok-elok kan supaya nampak kacak.. Ni ala kadar je berhias, sapa nak pandangkan?
8. Malas mengemas. Agak jarang mengemas tempat kerja, bilik dan kawasan sekitarnya. Kenalah kemas supaya senang nak cari barang. Tu yang pen asyik hilang je tu..
9. Malas berdoa secara teratur. Lepas solat doa pun nak cepat. Camne hajat nak tercapaikan.. Adoyai…
10.Malas nak buat pelan perancangan. Sepatutnya hidup kena siapkan jadual untuk mencapai sesuatu tapi malas benar.

Okay cukuplah setakat ini. Rasanya kalau terasa malas bolehlah si ZOol rujuk entri ini. Bagaimana pula dengan anda? Ada tak perkara-perkara yang anda malas dalam kehidupan seharian? Kongsilah sikit..

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :761

4 thoughts on “Senarai kemalasan dalam hidup seharian

  1. wexeedaNo Gravatar says:

    slm wex ada tip,
    tuk kemalasan #6, zool boleh fikir sejenak apa tujuan hidupzool kt dunia nie, tuk mencari keredhaan Allah ngn bersedia tuk akhirat kelak, insyaallah bila zool pegang objektif hidup zool, secara automatik, zool rasa nak bace buku yg bermanfaat. tips dari productivemuslim.com , zool bleh bce lepas subuh 10min bacaan menyelami islam, dan 10min bacaan ilmu pngetahuan yg lain.

    plus, kuasa doa sgt hebat, kita kne minta pada-Nya, tadahkan tangan, insyaallah.

    (p.s wex baru2 nie rasa nak buang koleksi doraemon ngn dik cerdas, sbg usaha mengatasi #6 dan #8)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    terima kasih untuk tips ni…

    Reply

  2. tehrNo Gravatar says:

    aku selalu nasihatkan anak2
    malas ni memang hal yang berat
    lebih berat dari jentolak kuning

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang susah tu.. malas memang tanda untuk gagal.. nak perbaiki sikap malas tu..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge