LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Senarai 28 Pemain Skuad Kebangsaan Bertemu Lebanon

Senarai pemain yang terpilih oleh ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Nelo Vingada telah dikeluarkan. Persediaan bermula pada 29 Mei dan perlawanan sulung Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon akan diadakan pada 13 Jun ini di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru.

BIL NAMA UMUR POSISI PASUKAN
1. BADDROL BAKHTIAR 29 TENGAH KEDAH
2. MOHD RIZAL MOHD GHAZALI 25 PERTAHANAN KEDAH
3. MOHD SYAZWAN ZAINON 28 TENGAH KEDAH
4. KHAIRUL HELMI JOHARI 29 PERTAHANAN KEDAH
5. MUHAMMAD AKRAM MAHINAN 24 TENGAH KEDAH
6. MATTHEW DAVIES 22 PERTAHANAN PAHANG
7. MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH 22 TENGAH PAHANG
8. AHMAD SYAMIM YAHYA 27 TENGAH PAHANG
9. WAN ZAHARULNIZAM WAN ZAKARIA 26 TENGAH PAHANG
10. SHAHRUL MOHD SAAD 24 PERTAHANAN PERAK
11. MUHAMMAD SHAHROM ABDUL KALAM 32 PERTAHANAN PERAK
12. HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY 24 PENJAGA GOL PERAK
13. MOHD SAFEE MOHD SALI 33 PENYERANG PKNS FC
14. MOHD AMRI YAHYAH 36 PENYERANG SELANGOR
15. MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID 28 PENJAGA GOL SELANGOR
16. AHMAD HAZWAN BAKRI 26 PENYERANG JOHOR DARUL TA’ZIM
17. SAFIQ RAHIM 30 TENGAH JOHOR DARUL TA’ZIM
18. MAHALLI JASULI 28 TENGAH JOHOR DARUL TA’ZIM
19. S CHANTHURU 30 TENGAH JOHOR DARUL TA’ZIM
20. AZAMMUDDIN MOHD AKIL 32 TENGAH JOHOR DARUL TA’ZIM
21. MOHD AMIRULHADI ZAINAL 31 TENGAH JOHOR DARUL TA’ZIM
22. MOHD AZRIF NASRULHAQ BADRUL HISHAM 26 TENGAH JOHOR DARUL TA’ZIM
23. MUHAMMAD FAZLY MAZLAN 24 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
24. MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK 30 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
25. S KUNANLAN 31 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
26. MOHD IZHAM TARMIZI ROSLAN 26 PENJAGA GOL JOHOR DARUL TA’ZIM

 

Ini merupakan panggilan sulung oleh Vingada, pengendali berusia 64 tahun dari Portugal yang diumum sebagai jurulatih baharu pada 15 Mei lalu bagi menggantikan tempat Datuk Ong Kim Swee yang kini dilantik sebagai pengendali skuad Projek Sukan SEA 2017.

Vingada akan dibantu oleh bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, 49, dan Joao Arnaldo Correia De Carvalho, 59, dari Portugal serta jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz, 41 dan jurulatih kecergasan, Francisco Jose Bruto Da Costa, 36, dari India.

Seramai 13 pemain daripada skuad 22 pemain kendalian Kim Swee ke Manila bagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Filipina yang berkesudahan seri 0-0 pada 22 Mac lalu telah dikekalkan oleh Vingada untuk kem latihan pusat kali ini.

Sementara baki 13 lagi pemain merupakan sama ada muka baharu atau mereka yang dipanggil semula yang terdiri daripada 10 pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safiq Rahim, Mahalli Jasuli, S Chanthuru, Azammuddin Akil, Amirulhadi Zainal, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Fazly Mazlan, Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan dan penjaga gol Izham Tarmizi Roslan serta tiga pemain Pahang iaitu Nor Azam Abdul Azih, Ahmad Syamim Yahya dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Bagi kem latihan pusat kali ini, seramai 15 pemain akan melapor diri pada Isnin ini (29 Mei) manakala 11 pemain JDT perlu melapor diri pada Jumaat (2 Jun) selepas mereka selesai tugasan Piala AFC 2017 bertemu Ceres di Filipina pada 31 Mei.

Sumber : Laman Web Rasmi FAM

Secara amnya, banyak nama-nama yang biasa dipanggil sebelum ini. Mungkin Vingada belum memahami dan mengenalpasti para pemain. Jadi ianya dipilih oleh pembantu-pembantu beliau.

Secara peribadi beberapa pemain yang menjadi pilihan admin tiada di panggil seperti Faisal Rosli (PAHANG), Wan Zaharulnizam(PAHANG). Tapi mungkin barisan kejurulatihan mempunyai sebab untuk memanggil pemain yang sudah bertaraf veteran seperti Safee Sali dan Amri Yahyah.

Pasti bukan mudah bagi pasukan negara untuk bertemu Lebanon dan juga menghadapi Muhammad Ghadar sebagai pengempur Lebanon nanti.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Senarai 28 Pemain Skuad Kebangsaan Bertemu Lebanon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)