LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Senarai 24 pemain skuad kebangsaan bagi perlawanan persahabatan bertemu Indonesia

Ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysia, Datuk Ong Kim Swee telah menyenaraikan 24 pemain bagi menjalani latihan pusat skuad kebangsaan yang akan bermula pada 29 Ogos ini. Skuad pasukan kebangsaan dijangka akan mengadakan perlawanan persahabatan berkelas ‘A’ dengan bertemu Indonesia di Stadium Manahan, Indonesia pada 6 September 2016.

Berikut merupakan senarai 24 pelatih yang terpilih bagi menjalani latihan skuad Kebangsaan :-

——————
Mohamad Fadhli Mohd Shas (JDT), Mohd Amri Yahyah (JDT), Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT), Mohd Khairulazhan Mohd Khalid (Selangor), Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), S. Veenod (Selangor), Adam Nor Azlin (Selangor), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Brandon Gan (Kelantan), Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan), Mohammad Amer Saidin (JDT II), Mohamad Zaqwan Adha Abd Radzak (JDT II).

Shahrul Mohd Saad (Perak), Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Abdul Latiff Suhaimi (PDRM), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Ahmad Fakri Saarani (Felda United), Ronny Harun (Sarawak), Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka United), Matthew Thomas Davies (Pahang), Muhammad Safawi Rasid (T-Team)

Terdapat beberapa nama yang sering disenaraikan dalam pasukan kebangsaan dan ada juga yang baru masuk. Selain itu terdapat juga nama Mohamad Zaqwan Adha yang telah lama tidak beraksi untuk skuad kebangsaan.

Mungkin selepas ini, Datuk Ong Kim Swee perlu memikirkan pemain yang akan mengalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan. Bagi ligakampung.com, kami merasakan Ronny Harun ataupun Baddrol Bakhtiar sesuai diberikan tanggungjawab tersebut selepas persaraan ketua pasukan negara, Safiq Rahim dan penolong ketua, Aidil Zafuan.

Diharap perlawanan ini bukan menjadi eksperimen semata-mata. Perlawanan berkelas A akan membawa mata dalam ranking bolasepak dunia dan sepatutnya kemenangan adalah yang dicari walaupun beraksi di gelanggang lawan.

 

Please follow and like us:
error0

One thought on “Senarai 24 pemain skuad kebangsaan bagi perlawanan persahabatan bertemu Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)