LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Senarai 23 pemain negara ke Palestin

Ketua jurulatih sementara skuad bolasepak Malaysia, Datuk Ong Kim Swee telah menyenaraikan 23 pemain skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan kelayakan Kumpulan A Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 bagi menghadapi Palestin di Stadium Dura, Hebron.
Perlawanan yang berlangsung pada 12 November 2015 nanti menyaksikan muka-muka yang sama ketika skuad kebangsaan menewaskan Timor Leste 1-0 pada 13 Oktober lalu. Hanya 2 pemain baru dipanggil iaitu Gary Stevan Robart dan S Chanturu bagi menggantikan pemain Perak, Nasir Basharudin yang cedera dan penyerang Mohd Safee Sali yang menjalani penggantungan.

gary-steven-robbat

Ong Kim Swee juga telah mempunyai senarai 11 pemain dalam senarai menunggu bagi menyertai latihan skuad negara sekiranya pemain utama mengalami kecederaan sebelum perlawanan menentang Palestin tersebut.

Senarai 23 pemain negara: Khairul Fahmi Che Mat, Khairul Azhan Khalid, Izham Tarmizi Roslan, Razman Roslan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Shahrul Saad, Matthew Davis, Nazirul Naim Che Hashim, Zubir Azmi, Amirizdwan Taj Tajuddin, S. Kunanlan, Safiq Rahim, Baddrol Bakhtiar, Ismail Faruqi Ashari, Azammuddin Akil, Hafiz Kamal, Wan Zack Haikal Wan Nor, Christie Jayaseelan, Gary Steven Robbat, S. Chanturu, Adam Nor Azlin, Mohd Amri Yahyah dan Ahmad Hazwan Bakri.

Senarai pemain menunggu : Ahmad Fakri Saarani (Kelantan), Nurridzuan Abu Hassan (Perak), Redzuan Suhadi (Pulau Pinang), Ronny Harun (Sarawak), Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor), Badrul Hisham Morris (T-Team).
Syahrul Azwari Ibrahim dan penjaga gol Farhan Abu Bakar (Harimau Muda B) serta Fazly Mazlan, Nazrin Nawi dan Mahalli Jasuli (JDT).

// Semoga pasukan bola sepak negara mampu mencapai keputusan memberangsangkan di Palestin. Sekurang-kurangnya tentangan boleh dilakukan sepertimana ketika skuad negara berhadapan dengan skuad Arab tempohari. Bukan mengalah dengan keputusan seperti perlawanan pertama tempohari. Walaupun sedikit gusar dengan keselamatan para pemain namun diharap mereka akan terus berjuang 100 peratus untuk memberikan kemenangan pada negara.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)