Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Senarai 10 Pemain bolasepak Terkaya Di Dunia 2014

Mungkin kita tahu bahawa pemain bolasepak professional berpendapatan tinggi. Ini menunjukkan betapa sukan terutama bolasepak mampu memberikan pendapatan lumayan kepada mereka yang menceburi profession ini. Namun ia memerlukan pengorbanan tinggi untuk capai ke tahap tersebut. Bukan semua mampu menjadi pemain bertaraf bintang, malahan ada yang tercicir dan tidak kurang juga yang terpaksa menamatkan karier lebih awal.
Untuk entri kali ini ligakampung.com akan berkongsi senarai 10 pemain terkaya di dunia merangkumi aset, gaji, bonus dan penajaan.
Top-10-Richest-Football-Players-in-2013-asportsnews

Senarai 10 pemain bolasepak terkaya di dunia tahun 2014

1. Cristiano Ronaldo : RM660 juta (£122 juta)
– Siapa tidak kenal Cristiano Ronaldo ? Beliau bukan hanya dikenali sebagai pemain bolasepak sahaja malahan model serta jurucakap bagi beberapa produk. Selain hebat di padang membantu pasukan Portugal dan kelab Real Madrid beliau juga mempunyai paras rupa seumpama yang menambahkan peluang untuknya menambah pendapatan sebagai duta produk.
Pemain yang bermula dengan kelab Sporting Lisbon, Portugal menjadi sebutan apabila bermain dengan kelab gergasi Manchester United sebelum disambar oleh kelab Real Madrid sebagai pemain termahal pada ketika itu. Ditambah dengan kejayaan mengondol pemain bolasepak terbaik dunia pasti akan memberi impak bertambah pada kantung poketnya.

2. Lionel Messi : RM652 juta (£120.5 juta)
– Pemain cilik yang banyak membantu kelabnya, Barcelona mengondol pelbagai kejuaraan domestik dan Eropah ini memang mempunyai aura hebat. Seperti Ronaldo, beliau juga banyak menjadi jurucakap bagi produk-produk yang menambahkan lagi kekayaannya.

3.Samuel Eto’o : RM378 juta (£70 juta)
samuel etoo
image hosting free

– Pemain dari benua Afrika, Cameroon yang berjaya mendapat tempat ketiga. Pendapatannya tinggi ketika beliau berada di Russia dimana gajinya sahaja merupakan pendapatan utama. Walaupun pendapatan dipotong separuh namun masih berada di tangga ketiga pemain terkaya dunia.

4.Wayne Rooney : RM373 juta (£69 juta)
– Pemain England yang cukup hebat ini telah menandatangani kontrak terbesar dalam sejarah bolasepak British dimana beliau akan mendapat RM460 juta (£85 juta) dalam tempoh lima tahun akan datang. Walaupun beliau tidak mempunyai paras yang menarik seperti Ronaldo tapi tetap menjadi model bagi beberapa produk.

5. Kaka : RM365 juta (£67.5 juta)
– Pemain Brazil yang tidak mendapat tempat ketika bermain di Real Madrid namun kembali bersinar dikelab lamanya di AC Milan. Beberapa perjanjian di Brazil menambahkan sumber kekayaan beliau sebagai pemain dan jurucakap produk.

6.Neymar : RM356 juta (£66 juta)
neymar barcelona 372486
uploading pictures

– Pemain muda Brazil yang dijangka akan mengambil alih tampuk pemain terbaik Dunia dari Ronaldo dan Messi pada beberapa tahun akan datang. Perpindahan ke Barcelona pada musim lalu menambahkan nilai beliau dan pastinya beraksi bersama pasukan Brazil akan menambahkan lagi nilai komersial pada beliau.

7.Ronaldinho : RM346 juta (£64 juta)
– Pemain yang satu ketika dahulu pernah berada di kedudukan 3 teratas bagi pemain bolasepak terkaya di dunia. Walaupun kini beliau hanya beraksi di Liga Brazil namun nilai komersialnya masih tinggi. Masih banyak produk terutama berkaitan sukan yang menaja beliau.

8.Zlatan Ibrahimovic : RM308 juta (£57 juta)
– Pemain bolasepak yang sering berpindah randah dari satu kelab ke kelab yang lain. Pemain yang mula menyerlah dengan pasukan Ajax Amsterdam dipancing oleh kelab ternama dan beliau berpengalaman memenangi banyak kejohanan dengan kelab yang disertai termasuk Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC MIlan dan PSG. Seorang pemain yang mempunyai skill yang tinggi serta mendapat perjanjinan penajaan yang tinggi dengan jenama sukan.

9.Gianluigi Buffon: RM281 juta (£52 juta)
Gianluigi Buffon Soccer1
upload a picture

-Satu-satunya pemain barisan hadapan yang tersenarai dalam 10 pemain terkaya dunia. Walaupun telah berusia namun kesetiaan beliau amat dihargai oleh Juventus sehingga memberi kontrak dengan harga yang tinggi.

10.Thierry Henry : RM254 juta (£47 juta)
– Pemain lagenda Arsenal ini beraksi di Liga Amerika (MSL) dan menandatangani kontrak besar dengan New York Red Bulls. Walaupun kini berusia 36 tahun namun khidmatnya cukup besar untuk kelab sekaligus diberi gaji yang lumayan.

Sumber :- Caught Offside

Betapa tingginya gaji yang diterima oleh pemain bolasepak bertaraf dunia ini. Mungkin ia boleh menjadi inspirasi kepada pemain di Malaysia agar bercita-cita tinggi untuk bermain di peringkat tertinggi. Ini kerana pendapatan yang diterima pasti lumayan.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Senarai 10 Pemain bolasepak Terkaya Di Dunia 2014

  1. Seronoknya bila baca cerita orang yang dapat gaji berjuta-juta ringgit ni.. Bagi saya kalau boleh dapat satu juta Ringgit pun dah kira bersyukur sangat-sangat… 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)