LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Semoga Jin Wei cepat pulih

Mungkin ramai yang tertanya-tanya dimana pemain muda badminton negara, Goh Jin Wei yang kini menyepi. Tiada pertandingan yang disertai menyebabkan namanya dan pemain badminton wanita negara dilupakan.
Rupa-rupanya bekas juara remaja dunia ini mengalami masalah kesihatan yang serius apabila terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang sebahagian daripada ususnya. Menurut Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, Jin Wei kini dalam keadaan stabil dan dalam proses pemulihan.

Kami meminta orang ramai untuk memberikan beliau ruang dan masa sebanyak mungkin ketika masa pemulihan ini, kerana kami yakin beliau akan kembali dengan lebih kuat lagi.

“Anda sentiasa berada dalam ingatan kami, Jin Wei!,” katanya dalam hantarannya pada akaun Instagramnya hari ini.

Mohamad Norza telah membuat hantaran gambar ketika beliau melawat Jin Wei pagi ini.

Sebelum ini dilaporkan juara bertahan itu telah digugurkan daripada skuad Sukan Sea Filipina dan juga tidak akan meneruskan usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Tokyo, selepas tidak menyertai beberapa kejohanan.

Pemain berusia 19 tahun itu menarik diri daripada menyertai Terbuka Denmark di Odense minggu ini dan juga Terbuka Perancis di Paris (22-27 Okt).

Jin Wei bergelut dengan masalah kesakitan dalam perutnya itu sejak Januari tahun ini.

— BERNAMA

Semoga cepat sembuh dan dapat kembali dengan lebih kuat lagi lepas ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)