Seminggu ke hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…
Hari ini saya cuma ingin bercerita sedikit sebanyak mengenai pengalaman dalam minggu ini.. Mungkin ada antara rakan-rakan yang mengetahui bahawa minggu ini saya agak sibuk kerana bapa saya dimasukkan di wad…
Walaubagaimanapun alhamdulillah setelah hampir seminggu di Hospital Melaka beliau telah sihat dan pulang ke rumah.. Sekarang ni perlu sedikit sebanyak memantau kesihatannya.. Dan minta maaf kepada adik BD dan Ana kerana tidak memaklumkan lebih awal bagi mengelakkan kerisauan… Jangan risau bapak dah ok…

Bercerita tentang pengalaman ulang alik ke hospital didapati ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya :-

1. Tempat meletak kenderaan yang tidak mencukupi.. Memang agak sempit sekali persekitaran di Hospital Melaka hinggakan terpaksa parking kereta di masjid yang lebih kurang 100 meter perjalanan.. Saya tidak kisah perlu berjalan setakat 100 meter cuma kesian pada pengunjung2 yang kadangkala terpaksa berpusing-pusing mencari parking.. Memang masalah ini sering diutarakan oleh pengunjung tetapi nampaknya pihak hospital masih buntu mencari jalan penyelesaian namun diharap ianya dapat diselesaikan jua,
2. Kekurangan lif. Saya perhatikan makcik2 terpaksa menunggu dalam jangka waktu yang agak lama untuk menunggu pintu lif dibuka untuk ke destinasi seterusnya.. Dan 2 lif di satu kawasan mungkin tidak mencukupi..
3. Doktor yang ramah.. Ini berdasarkan layanan yang diberikan kepada bapa dan keluarga.. Didapati doktor yang ditugaskan pandai berkomunikasi dan tidak stress dalam kerjanya.. Cukup respek dengan cara mereka kendalikan pesakit.. Cayalah.
4. Terdapat surau..Walaupun kecil namun ianya mencukupi untuk melaksanakan ibadah padaNya.. Harap-harap ianya dapat dijaga oleh pengurusan hospital.
5. Jururawat yang muda dan cun-cun.. Memberi sedikit motivasi untuk ke sana.. Ha ha ha..
6. Kafeteria yang disediakan agak jauh.. Berpeluh juga saya nak mencari tempat untuk mengisi perut… Disebabkan malas untuk berjalanterpaksa beli roti dan sedikit makanan ringan untuk alas perut..
7. Keprihatinan rakan-rakan sepejabat.. Tak sangka plak ada rakan-rakan pejabat yang sudi dan sanggup memberikan derma dan ada yang datang melawat sekali.. Terima kasih semua…

Okay rasa-rasanya cukup setakat ini pengalaman minggu ini.. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang memberi sokongan kepada saya dan keluarga.. Hanya Allah akan membalas jasa anda semua.. AMIN..

p/s :- Kadangkala tertanya ada ke orang yang akan melawat Zool jika beliau terlantar di hospital?? Wallahualam..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :529
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

8 Responses to “Seminggu ke hospital”

  1. hafifiNo Gravatar says:

    wslm..semoga bapa zool lebih sihat..klu zool masuk wad, mstilah p tgk..contact je…

    Reply

  2. chotNo Gravatar says:

    ko bole jadi wakil rakyat suatu hari nanti..hehe

    Reply

  3. JieNo Gravatar says:

    semoga bapa zool cepat sembuh, kakjie pun faham kerana arwah bapa mertua pernah juga masuk keluar hospital dulu.

    Reply

  4. zoolNo Gravatar says:

    hafifi –> tq… harap2 lah camtu..
    chot–> wakil rakyat?? ko calonkan aku le .. He he he..
    Jie–> tq.. dah sihat balik rumah…

    Reply

  5. acaiNo Gravatar says:

    slm bro, aku doakan smoga ayah ko bertambah baik ye..:) salah satu sbb best gi hospital sbb n nurse dia lawa2kan bro,hahahhaaa

    Reply

  6. ktomNo Gravatar says:

    Salam zool,
    Maaf lama dah tak singgah sini. Bukan tak suka tp ruang waktu betul2 tak mengizinkan.

    Harap2 ayah zool semakin baik insyaallah.

    Hehehe…ktom seronok baca yg no 5 tuh….Cam mana? Dah dapat tangkap sorang/ wakakakaka….gurau ya dik, jgn marah..

    Reply

  7. zoolNo Gravatar says:

    acai —> he he he.. betul2.. tapi kalau terlantar kat hospital tak guna gak… Letih woo..
    ktom —> Saya paham kesibukan ktom.. Insyaallah ayah saya telah kembali normal.. he he he…tangkap ye?? kena selalu lihat perkembangan blog…. baru tau…

    Reply

  8. kaSyahNo Gravatar says:

    Salam zool. Moga ur father makin cepat sembuh..aku pun dlu risau gak mase ayah aku masuk spital dulu. :)

    Tu r spital melaka tu nak parking susah sket..kekdang pening lak…aku kekadang parking kat msjid al-azim sajor…hehe

    misi2 yg cun2 tu, takde yg bertukar no hanset ke?

    Reply

Leave a Reply