Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Semakin tua

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Dalam kehidupan seharian kita pasti akan menempuh waktu tua (kecuali kalau meninggal awal). Tak kira secantik mana pun kita, secomel mana pun bila di umur 20-an namun kita akan beransur tua bila penambahan angka umur berlaku. Tapi ramai dari kita yang tidak perasan (atau buat-buat tak perasan) tentang ini. Tapi kalau situasi berikut berlaku, adakah anda merasai bahawa anda sedang menginjak ke tahap tua? Sila baca :-
Man_-_showing_progressive_aging

1. Bagi yang dah berumahtangga, bila lihat anak telah masuk sekolah itu menunjukkan bahawa anda bukan muda lagi sebaliknya telah menempuh alam tua. Yang bujang pula, bila tengok kawan-kawan seusia hantar anak ke sekolah pasti terasa diri dah tua tu… 🙁
2. Rambut telah mula berkurangan. Jendol kepala dihadapan makin luas manakala ubun-ubun kepala semakin kelihatan. Bila pegang kepala, kelebatan rambut semakin kurang dan terasa semakin licin bahagian kepala.
3. Tenaga semakin kurang. Kalau dulu boleh layan futsall 2 jam tapi sekarang 2 minit pun dah mengah dah. Kekuatan telah mula ditarik dan keupayaan badan semakin berkurangan.
4. Bila budak kecil panggil pakcik atau lebih teruk lagi dipanggil atuk. Memang dah nampak ke’tua’an anda.
5. Bila banyak penyakit orang tua yang melanda. Walaupun sekarang ni penyakit tak mengira tua muda tapi kebanyakan penyakit mudah datang kepada orang tua.. Jadi kena bersedia dengan semuanya.
6. Mudah lupa. Memori semakin ditarik. Kejap je lupa buat sesuatu perkara. Petanda RAM dalam otak semakin lusuh dan hilang.
7. Perubahan dari fizikal. Kalau dulu berbadan tegap, sekarang dah mula membongkok. Muka yang dulunya licin kini telah mula berkedut sana sini.
8. Bila mendengar berita kawan-kawan seusia yang telah meninggal dunia. Menunjukkan betapa umur telah sampai ke tahap limitnya.
9. Bila tak lama lagi nak pencen dari kerja. Sedar tak sedar lagi setahun je lagi nak pencen atau bersara. Itu petanda umur telah hampir mencapai veteran sekaligus akan berada dalam status warga emas.

Okay cukuplah setakat ini. Memang ini adalah proses kehidupan. Samada kita mampu menempuh hari tua dengan baik atau tidak hanya Dia yang menentukan. Sama-samalah kita lihat dan berdoa agar kita sempat menjalani hari-hari tua kita dengan baik.. AMIN…

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Semakin tua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)