Semak broken link blog

Adakah anda terasa blog semakin rendah traffiknya? Itu yang dirasai oleh blog ligakampung.com dimana traffik bulan Mei terlalu jauh jatuhnya.
Kenapa ia berlaku? Sememangnya banyak sebab musabab yang menyebabkan kejatuhan blog ini namun untuk artikel ini, saya ingin membincangkan tentang ‘broken link’. Apa itu ‘broken link’ ? Kalau dalam Bahasa Melayunya mungkin ditafsirkan sebagai ‘sambungan rosak’. Agak kelakar pula bila ditafsirkan maka elok kiranya menggunapakai sahaja perkataan Inggeris ‘broken link’ tu.

broken-link-building

Dalam erti kata mudahnya, link-link yang kita hubungkan pada alamat website lain telahpun terputus ataupun mati. Jika di klik pada link tersebut, browser akan ke halaman ‘page not found’. Apa pentingnya mengetahui tentang broken link ini? Bagi pakar-pakar SEO mungkin telah mengetahuinya namun bagi blogger-blogger yang kurang arif ia penting kerana ia akan memberi kesan pada pengaruh dalam enjin carian.
Jika terlalu banyak ‘broken link’ maka enjin carian akan menurun sekaligus kata kunci yang anda sasarkan sukar mendapat tempat. Ia akan menyebabkan kejatuhan traffik yang mendadak pada blog anda.

Bagaimana cara untuk mengetahui adanya broken link ? Bagi pengguna wordpress pada blog, ada banyak plugin yang boleh anda cari tapi saya lebih suka menggunakan website http://brokenlinkcheck.com. Anda hanya perlu masukkan alamat blog pada form yang dipaparkan dan masukkan code yang diminta.

broken-link-checker
Sedang menyemak broken link ligakampung.com

Tidak berapa lama akan muncul broken link pada website tersebut. Anda perlu mencari satu-satu link tersebut samada dalam artikel mahupun pada komen-komen di blog anda.

| Banyaknya Broken Link |

Blog ligakampung.com juga didapati banyak broken link yang perlu diperbetulkan. Ia sedikit sebanyak memberi kesan pada tahap SEO blog ligakampung.com yang mengalami kemerosotan dalam beberapa bulan ini. Insyallah, sekarang ini sedang berusaha keras untuk memperbaikinya bagi meningkatkan lagi kualiti blog ini.

Kepada kawan-kawan blogger yang lain, semak-semaklah broken link blog anda. Mana tau ada link yang telahpun tiada di alam maya ataupun telah ditukar alamatnya.

6 thoughts on “Semak broken link blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives