LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Selepas Piala AFF2014 : Apa yang perlu Dollah Salleh lakukan

Mungkin semua sedia maklum tentang keputusan perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2014. Walaupun skuad Harimau Malaya berjaya menumbangkan pasukan Thailand dengan keputusan 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil namun aggregat tidak berpihak kepada kita setelah perlawanan pertama tempohari kita tumpas 0-2 di gelanggang lawan.

Keputusan ini sekaligus meranapkan impian pasukan bolasepak negara untuk menjulang piala kebanggaan untuk dibawa pulang oleh pasukan dari ASEAN ini. Walaupun tumpas namun ada petanda positif dalam skuad bolasepak negara. Selepas tidak diberi harapan , apatah lagi dengan persiapan yang serba tidak menjadi skuad negara mengejutkan banyak pihak. Bermula dengan langkah kiri dengan keputusan seri dengan Myanmar dan tumpas ke atas Thailand, skuad negara berjaya menumbangkan Singapura di stadium lawan.

Malaysia's head coach Dollah Bin Salleh shouts at his team during their Suzuki Cup Group B match against Thailand in Singapore
Kejutan pula menjelma tatkala menentang Vietnam di gelanggang lawan selepas kecundang di gelanggang sendiri. Namun harapan untuk melakar satu lagi episod kejutan terlerai pada 10 minit terakhir apabila dibolosi oleh pasukan Thailand. Namun ianya telah menjadi sejarah, sekarang ini banyak yang perlu dilakukan oleh jurulatih negara, Dollah Salleh bagi menaikkan lagi imej negara. Antaranya ialah :-

1) Sasaran baru perlu ada. Sudah pasti pasukan bolasepak negara perlu memandang lebih jauh lagi. Layak ke kejohanan bolasepak Asia 2019 perlu menjadi antara matlamat utama Dollah dan kumpulannya. Mungkin sasaran ini lebih realistik berbanding mengejar slot Piala Dunia yang hanya memberikan sedikit peluang untuk layak. Tapi dalam masa yang sama untuk mengejar sasaran itu, Dollah perlu membuktikan kewibaannya dalam tempoh 2 tahun ini. Mungkin untuk itu, Dollah perlu memastikan beliau mampu menjulang Piala AFF 2016 pula.

2) Menggantikan pemain sediaada. Kalau diperhatikan dalam perlawanan Piala AFF 2014 ini terdapat ramai pemain yang tidak berada dalam prestasi terbaik. Pemain seperti Norshahrul, Safee Sali, Muslim Ahmad, Azmi Muslim tidak berada dalam prestasi yang diharapkan. Mungkin Dollah perlu menilai kembali pemilihannya untuk kejohanan akan datang. Selain itu, pemain yang telah berusia perlu dicarikan pengganti. Shukor Adan telah menyatakan persaraannya dalam skuad kebangsaan selepas kejohanan ini, Indra Putra sudah berusia dan tidak mampu untuk beraksi seperti ketika umur 20annya, Amri Yahya mungkin tidak mampu lagi bermain selincah ini pada 2 tahun akan datang dan sudah pasti beberapa pemain seperti Safee, Badri perlu dicari penggantinya.
Malahan Aidil Zafuan yang sering mengalami kecederaan juga perlu dicari pemain pengganti di posisinya.

3) Mencari pencari bakat yang terbaik. Sudah pasti tempoh akan datang, beliau mempunyai lebih banyak masa untuk memilih pemain. Jadi diharapkan pasukan dapat membantu Dollah Salleh mencari pemain yang bersesuaian.Selain bakat di Liga Malaysia, mungkin juga pencari bakat boleh mencari pemain yang beraksi di luar negara. Kalau tak salah, ada beberapa pemain Malaysia yang beraksi di Liga Eropah walaupun di liga bawahan.

4) Memperbaiki ranking pasukan Malaysia. Mungkin dengan keputusan di kejohanan AFF 2014 ini, ranking skuad negara mampu diperbaiki. Namun dalam jangkamasa terdekat ini, perlawanan persahabatan kelas A perlu dicari. Dapatkan pasukan yang lebih tinggi rankingnya dan cuba untuk mengatasi pihak lawan. Secara peribadi, saya merasakan perlawanan persahabatan menentang kelab besar tidak membawa banyak makna kecuali dari segi komersial sahaja. Sehingga setakat ini tiada seorang pemain Malaysia pun yang dipancing oleh pasukan kelab yang datang beraksi di Malaysia.

Itu serba sedikit pendapat saya selaku penyokong Harimau Malaya. Semoga pasukan bolasepak negara mampu maju ke hadapan dan akan menjadi pasukan yang digeruni satu masa nanti.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Selepas Piala AFF2014 : Apa yang perlu Dollah Salleh lakukan

  1. Betul tu.. saya setuju. . Dollah Salleh perlu mencari bakat2 batu untuk menggantikan pemain2 Malaysia yang semakin berusia. .. sekiranya kita bak melihat pasukan Harimau Malaya dapat pergi lebih jauh lagi…

    1. @anuar, macam tu le.. walaupun prestasi dalam kejohanan ini agak baik tapi masih perlu diperbaiki.. pemain yang telah berusia lebih 30tahun mungkin perlu digantikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)