Selangor mahu pertahan gelaran juara keseluruhan,

SHAH ALAM, 3 Sept (Bernama) — Selangor meletakkan sasaran mengutip sekurangnya 50 pingat emas dan mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak bermula 11 hingga 22 Sept depan.

Ketua Kontijen Selangor, Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh berkata bagi tujuan berkenaan, Selangor akan bertanding dalam semua 29 jenis sukan yang dipertandingkan.

“Sukan renang dan terjun dijangka bakal menjadi penyumbang terbesar pingat emas Selangor di Sukma kali ini dengan sekurang-kurangnya 10 emas, di Sukma yang lepas di Sarawak, mereka (renang dan terjun) telah menyumbang sebanyak 22 pingat emas.

“Antara sukan lain yang turun dijangka bakal memberi sumbangan emas yang banyak untuk Selangor adalaholahraga, menembak dan tenpin bowling,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Selangor ke Sukma ke -19.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Pada edisi yang lepas, Selangor muncul Juara Keseluruhan bagi Sukma ke-18 di Sarawak 2016 dengan mengutip sebanyak 61 emas, 71 perak dan 63 gangsa
– BERNAMA

Macam mana pula dengan pasukan lain? Semoga dapat beri cabaran yang hebat kepada pasukan Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives