BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » sukan » Selamat tinggal kasut futsal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Malam Jumaat lepas si Zool melayan futsal. Agak lama tidak bermain futsal. Perlawanan membabitkan 3 kumpulan yang melibatkan jabatan-jabatan. Dengan setiap ‘game’ selama 9 minit dan selepas 2 ‘game ‘ digantikan dengan pasukan yang lain. Alhamdulillah berjaya menang kesemua perlawanan memandangkan ‘team’ agak baik dan mempunyai keserasian. Walaupun si Zool lebih banyak bertindak sebagai penganggu namun puas hati gak sebab dapat berpeluh. Cuma agak sedih terlepas Pertandingan Akhir Gelanggang Raja Lawak 5. Tapi takpe boleh tengok siaran ulangan di ASTRO.

Cerita pasal perlawanan, si Zool dapat menjaringkan 1 gol je. Tu pun memang 1 sama 1 dengan penjaga gol. Selebihnya banyak melepaskan peluang keemasan. Biasalah kan. Selain dari alasan tiada nasib, kasut juga menjadi faktor penyudah yang tumpul. Tak percaya tengoklah gambar kasut ni..

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Memang teruk dah kasut ni. Almaklumlah dah 2 tahun lebih kasut tu.. (Semak kat entri, kasut beli bulan November 2008. Kira berguna gak entri blog ni..). Jadi perlulah beli kasut baru untuk menunjuk skill baru ala-ala Alex Song. Hehehehe. Apapun tengah kira bajet bulan depan samada mampu atau tidak. Nak harap duit online memang tak mampu. Nak harapkan sponsor lagi le takde.. Tapi kalau ada syarikat kedai nak sponsor kasut futsall untuk si Zool okay je. Kasut size 6 ye.. :) ..
Selamat tinggal kasut futsal. Kasut futsal yang bukan sekadar dibuat main bola je. Kadang-kadang nak pergi jalan-jalan pun pakai kasut ni je..

Er, alasan kasut ni sebenarnya nak mengelak je. Si Zool bukan pandai main bola pun. Tapi kalau nak ajak lawan boleh je. Nanti nak ajak Azizankadir lawan la. Tu pun kalau dia ada team nak lawan kat Melaka.
Sekian, terima kasih.

p/s :- Jangan gelakkan jenama kasut ye.. Si Zool tak mampu nak pakai jenama mahal-mahal. Tu je yang mampu

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :1974

10 thoughts on “Selamat tinggal kasut futsal

  1. suffer8zineNo Gravatar says:

    banyak jasa tu kan :P

    Terkini : Keputusan SPM Keluar Rabu Ini

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    banyak gak tu.. h

    Reply

    suffer8zineNo Gravatar Reply:

    hehhehe, :P

    Terkini : Gambar Supermoon Yang Awesome

    Reply

  2. tehrNo Gravatar says:

    aku rasa la, tak ambil masa lama nak beli yang baru tu..
    mesti tak senang duduk kalau tak sepak bola, kan?
    hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    minggu dpn kena beli.. team pun tak leh terima alasan takde kasut kalau ponteng futsal

    Reply

  3. banyak jasa tu kasut ni

    Reply

  4. saya_aRiefNo Gravatar says:

    beli kasut baru, design smart2 sekarang nie.
    harga pown gempak.
    :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    harga gempak.. duit pun kopak..huhuh

    Reply

  5. firusNo Gravatar says:

    wah… menang setiap game… Dah bagus dah “alesandro nesta” aku nie.. Hahah.. Bila mau lawan futsal??

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ok,, nanti kita buat friendly.. dtglah melaka..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge