Assalamualaikum semua…
30 APril 2008
Hari ini nampaknya tiada apa yang menarik.. Hari ini pergi ke beberapa jabatan untuk menyelesaikan masalah tertunggak… Dan hari ini juga terbang duit sebanyak RM222.00 terpaksa menggantikan tayar belakang kereta dan allignment..
Adoi nampaknya adakah bajet bulan ni akan lari?? Harap2 tidaklah hendaknya.. Sambil-sambil tu di waktu malam singgah ke pasar Rabu di Taman Maju, Jasin… Aiyok. ramainya pendatang asing, Indon, Bangla, Nepal, Vietnam.. SUngguh majmuk sekali daerahku ini..
Hajat di hati ke pasar Rabu untuk mencari tanaman sesuai untuk ditanam di rumah tapi agak malang penjual semua dah balik.. Lambat sangat datang…
1 Mei 2008
Hm.. hari ini Hari Pekerja dan sudah pastinya ramai yang bersiap sedia dengan aktiviti masing-masing,.. Mungkin ada juga yang menyambung cuti pada hari Jumaat bagi melarikan diri dari masalah kerja.. Kenapa ye diadakan ‘Hari Pekerja’ ni? Adakah ianya semata-mata cuti ??
Saya sendiri tidak mengetahui apakah motifnya hari pekerja ini.. Mungkin ianya diwujudkan bagi memberikan penghargaan kepada tenaga kerja.. Mungkin hari ini patut dinilai oleh setiap anggota kerja sejauh mana sumbangan kita kepada negara.. Adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin??
Entahlah ‘kita pikirlah sendiri’.Jadi saya dengan ini mengucapkan ‘ Selamat Hari Pekerja’.. Kepada yang tak bekerja tu cuba-cubalah mencari kerja.. Sekian..
p/s : Post ini saya tulis untuk 2 hari sekali.. OK lah kot sebab post ini ditulis dalam waktu sempadan hari.. He he he..
RSS Feed
Twitter



April 30th, 2008
zool
Posted in
Tags: 


lar..bro duk melaka ke??
taman maju??
rumah awam kan??
Reply
kepada yg tidak bekerja, rajin2lah buat apa2 yg boleh hasilkan duit.. he he =)
selamat hari pekerja!
Reply
Salam…
Bro,aku kat opis masa Hari Pekerja.1 May pada aku masih seperti hari-hari kerja biasa.Kalau keje kilang Fyber kat Ayer Keroh dulu agaknyer dapat triple payment.Hehehee
p/s:Aku ngan kau cabut lepas dapat gaji 2 minggu.Hahahahahahaha
Reply
Alhamdulillah.Selamat Hari Pekerja kpd anda semua sama ada yang mamum gaji mahupun tidak kpd belia di luar sana hasrat kerajaan ialah melihat belia mencipta kerja bukan memilih kerja.Skrg ternak lintah pun bleh jd duit.Sekilo RM 80.Ciptalah pekerjaan yg anda minat dan menghasilkan wang.Syukur…nikmat Allah.
Reply
1st time here… selamat hari pekerja jgk…
Reply
afham –> aa… kenapa ?? melaka gak ke afham?? er.. tmn maju memang banyak umah awam tapi umah aku umah sederhana ,,.. tu pun belum duduk lagi..
mohd ismail –> betul tu pandai2lah cari duit.. mail boleh bagi tips camne cari duit online kan???
KPSU (PA) –> KPSU yang berdedikasi .. mana ada waktu cutikan… kilang fyber tu dah omputeh amik alih…
CD PEG BELIA —> bukan ternak lintah je.. cacing pun dapat duit.. sekarang ni banyak peluang.. kita kena kejar le..
fiza –> tq.. selamat datang.. datang2lah selalu ye..
Reply