Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Selamat tinggal 2008, selamat datang 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ini kita telah menyambut maal hijrah 1430 dan kini nampaknya kita akan menempuh satu tahun baru Masihi.. Sudah pasti ada banyak kenangan manis /pahit yang berlaku dalam tahun 2008 yang menjadi diari kehidupan untuk kenangan kita di masa lampau..

Dalam menempuh kehidupan penuh mencabar akan ada target untuk dicapai dalam setiap tahun. Senang cerita, mesti ada azam yang tersemat dalam diri masing-masing.. Saya akui secara amnya tahun 2008 pencapaian saya kurang memuaskan. Banyak yang tidak tercapai dalam tempoh tersebut. Nampaknya saya perlu mengubah beberapa perkara berikut :-

1. Tidur..Saya akui terlalu banyak menumpu perhatian terhadap tidur.. Selalu selepas SUbuh melakukan aktiviti yang agak membuang masa ni.. Sepatutnya saya perlu lebih berdisiplin dan tidur pada kadar mencukupi.. Dalam tempoh masa terbuang boleh digunakan samada menghasilkan artikel di blog, melayan cacing dan mencari peluang-peluang buat duit..
2. Mula bertindak.. Saya memang agak lambat bertindak dalam berbagai perkara. Nampaknya tahun ini saya perlu lebih aggressif untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan.. :)
3. Lebih fokus dalam sesuatu perkara terutamanya dalam blogging… Sebelum ini terlalu banyak blog yang ingin di ‘organize’ tapi kali ini saya akan memberi tumpuan kepada blog yang lebih ‘masyuk’ sahaja, manakala blog yang kureng akan dibiarkan bersawang.. :)
4. Lebih aktif.. Jika selama ini si ZOol lebih banyak lepak kat rumah mungkin pada tahun ini beliau perlu menjadi seseorang.. Ada perancangan untuk join persatuan.. Mungkin persatuan ‘blogger’ Semalaya kot.. Er ada sapa tau nak daftar kat mana??

Okay rasanya itu adalah antara perkara yang perlu si Zool perbetulkan bagi memastikan target ‘3 tahun’ akan tercapai.. AMIN.

p/s :- Baru je update WOrdpress 2.7.. Mak datuk berbeza sungguh.. Tadi pun ada sikit masalah fail.. Harap2 takde masalah lepas nie

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 47
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

11 comments to Selamat tinggal 2008, selamat datang 2009

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>