Selamat Hari Raya dan majlis rumah terbuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Nampaknya pengumuman pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri 1431 H telah ditetapkan pada 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat ini. Pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan jawapan terhadap beberapa persoalan ramai umat Islam di Malaysia. Ada yang mengikut ajaran sendiri sehingga menyambut Raya lebih awal seperti yang berlaku di Perlis. Harap-harap umat Islam di Malaysia menghormati ketetapan yang telah diumumkan ini. Dengan pengumuman tersebut, secara automatiknya 9 September 2010 menjadi hari mantai (sehari sebelum Raya). Pada hari tersebut, persiapan untuk menyambut raya akan berlaku dimana-mana. Ada yang mengemas rumah, memasak, membeli barang-barang keperluan dan sebagainya. Memang sibuk pada hari tersebut. Untuk tahun ini, Si Zool akan bertugas jadi mungkin kurang sibuk mengemas rumah dan sebagainya. Tanggungjawab ini mungkin diambil alih oleh adik beradik yang lain.

Seperti biasa di bulan Syawal yang mulia, majlis rumah terbuka akan diadakan terutama di kalangan VIP-VIP. Berikut merupakan jadual rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010/ 1431 H bagi VIP negeri Melaka :-

Hari Raya Pertama (1 Syawal 1431 H / 10 September 2010 )
10.00 pagi – 3.00 petang – Rumah Terbuka TYT dan YAB Ketua Menteri Melaka di Dewan MITC

Hari Raya Kedua ( 2 Syawal 1431 H/ 11 September 2010 )
10.00 pagi – 3.00 petang -> YB Datuk Wira Speaker Dewan Undangan Negeri di No 9378 Taman Air Molek
10.00 pagi – 4.00 petang -> YB Sahibus Samahah Mufti Negeri di 9814 Km 10, Jalan Telok Gaung, Ayer Molek
11.00 pagi – 4.00 petang -> YB ADUN Ayer Molek di Lot 402 Km 11, Ayer Molek

Hari Raya Ketiga ( 3 Syawal 1431 H / 12 September 2010 )
9.00 pagi – 3.00 petang -> YBhg Daruk Bandar MBMB di Tapak Pelancaran Islam Hadhari Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil
9.30 pagi – 5.00 petang -> YB ADUN Sungai Rambai di KM 35 Kg Parit Perawas, Sungai Rambai
11.00 pagi – 4.00 petang -> YB ADUN Tanjung Bidara di Dewan JAPERUN DUN Tanjung Bidara
11.00 pagi -2.00 petang -> YB AHli Parlimen Jasin di No 8 Jalan Pengkalan Penu Km 12 Kg Pernu
10.00 pagi – 3.00 petang -> YB ADUN Merlimau di Kompleks JAPERUN Merlimau, YB ADUN Serkam di Kompleks JAPERUN Serkam, YB Ahli Parlimen Masjid Tanah di Batu 19 Paya Rumput, Masjid Tanah, YB ADUN Ayer Limau di Batu 3/4 Kg Lekok Masjid Tanah, YB ADUN Kuala Linggi di Batu 28, Kg Pematang Kuala Sungai Baru, YB ADUN Lendu di JAPERUN LEndu
8.00 malam – 11.00 malam -> YB ADUN Durian Tunggal di Kompleks JAPERUN Durian Tunggal

Hari Raya Kelapan ( 8 Syawal 1431H/ 17 September 2010 )
8.00 malam -11.00 malam -> YB ADUN Telok Mas di Kompleks ADUN Telok Mas , YB ADUN Paya Rumput di Batu 4 1/2 Kg Bertam Malim

Hari Raya Kesembilan ( 9 Syawal 1431H / 18 September 2010 )
10.00 pagi – 3.00 petang -> YB Ahli Parlimen Bukit Katil di No 25 Jln M14 Taman Merbon Bukit Katil, YB ADUN Rim di Kompleks JAPERUN Rim
11.00 pagi – 4.00 petang -> YB Ahli Parlimen Tangga Batu di No 994-2 Batu 2 3/4 Kampung Klebang Kecil, YB ADUN Pantai Kundor di 3404 KM 11 Jalan Bukit Gedong, Tg Kling, YB ADUN Sungai Udang di 7871-C Jalan Sabidah, Bukit Rambai Melaka

8.00 malam – 11.00 malam -> YB ADUN Gadek di Kompleks JAPERUN Gadek

Hari Raya Kesepuluh ( 10 Syawal 1431 H/ 19 September 2010 )
7.30 malam – 11.00 malam -> YB ADUN Rembia di Kompleks JAPERUN Rembia

Hari Raya Kelimabelas ( 15 Syawal 1431H / 24 September 2010 )
2.30 petang – 5.00 petang -> YB SUK, YB Pegawai Kewangan Negeri dan YB Penasihat Undang-undang di Dewan Seri Negeri

Hari Raya Keenambelas (16 Syawal 1431H / 25 September 2010 )
10.00 pagi – 3.00 petang -> YB ADUN Taboh Naning di Kompleks JAPERUN DUN Taboh Naning

* Sebarang pertukaran tempat, masa dan sebagainya adalah tertakluk kepada penganjur. Si Zool tidak bertanggungjawab kalau berlaku perubahan secara tiba-tiba ye.

Rumah si ZOol ?? Hehehehe.. Tak tahu bila ye.. Tapi datanglah kalau tersinggah di Jasin. Tangan terbuka menerima kedatangan anda.

Bersempena dengan Hari Raya , saya mewakili krew-krew OhPemandu, rear-wheel.comingin mengucapkan ‘ Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Dipohon keampunan sekiranya ada tersilap kata dalam sebarang perbuatan samada secara fizikal, mental,
virtual dan sebagainya’.


Kad Raya cincai

Sekian Terima kasih.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3208
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

15 Responses to “Selamat Hari Raya dan majlis rumah terbuka”

  1. AzamNo Gravatar says:

    selamat hari raya…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    selamat hari raya gak. minta maaf kalau ada buat salah dan silap

    Reply

  2. Bb HussainNo Gravatar says:

    wahh..banyak nyer rumah terbuka zool nak attend..heheh

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bukan semua nak attend de.. yg dekat2 je

    Reply

  3. LoqNo Gravatar says:

    Hari raya pertama kat MITC tu datang? Gua rasa,gua akan kerja jual kebab kat sana.hehe
    Apa-apa pun,selamat hari raya bro!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak pasti lagi.. hehehee.. mana ada org nak beli makanan kat sana.. semua tersedia sana

    Reply

    LoqNo Gravatar Reply:

    Ups bukan jual.Tapi tolong pakcik hidang kebab.Ali Rustam ada tempah kebab maaa

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tgklah camne.. sebab jumaat leceh sikit..

  4. aimannajmyNo Gravatar says:

    Salam hari raya aidilfitri.. Ampun maaf dipinta,zahir dan batin.. andai buat rumah terbuka jangan lupa jemput saya :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ok.. kalau dtg ke melake.. jgn lupa singgah rumah saye…

    Reply

  5. hanifNo Gravatar says:

    Selamat Hari Raya buat zool sekeluarga..maaf zahir batin..pelik gak kat kes perlis tu ,dah x sabo nak beraya ker hahaa

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    selamat hari raya gak untuk hanif sekeluarga.. tu lain mazhab tu.. mazhab kelentong

    Reply

  6. Ali ridhaNo Gravatar says:

    ada gak raye awal.hehe….cam mana depa ni.

    Selamat Hari Raya zool dan sekeluarga….maaf zahir & batin.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ntah le.. selamat hari raya juga .. maaf kalau ada salah dan silap

    Reply

  7. azwanNo Gravatar says:

    Selamat Hari Raya Zool!

    Reply

Leave a Reply