Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Ramadhan 1433H akan meninggalkan kita dan Syawal 1433H akan menyambut kita. 1 Syawal merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah menempuh dugaan pada bulan Ramadhan. Namun itu bukan bermakna bulan-bulan yang mendatang perlu diambil sambil lewa. Kejayaan melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan ini sepatutnya disambung dibulan seterusnya agar menjadikan diri ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, apabila tiba 1 Syawal pastinya umat Islam akan menyambut hari lebaran ini dengan gembira. Dalam bulan Syawal ini juga umat Islam akan merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain dengan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Ini menunjukkan betapa ianya menjadi bulan yang mampu mengukuhkan hubungan persaudaraan antara satu lain. Pada bulan ini jugalah akan berkumpulnya saudara mara dan dapat berkenalan antara satu sama lain.

Sambil itu, saya ingin mengucapkan ‘ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H’ kepada semua pembaca blog ligakampung.com, ohpemandu.com, rear-wheel.com, kedaikraft.blogspot.com, melakacool.com dan (blog-blog lain yang si Zool terlibat) beragama Islam. Harap maaf kalau ada salah dan silap dalam menulis entri mahupun ketika bertweet atau facebook. Semoga perhubungan kita akan terus terjalin walaupun sekadar di alam maya.

Sekian..

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :436

7 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

  1. Selamat Hari Raya maaf Zahir batin..

    Esok lusa, datang ler umah nene kaku, kg sempang pantai, merlimau… boleh tgk baby boy aku yg baru lahir + Ziana Zain (dia beraya umah mak sedara + buat open house.. hehehe)

    ps/ kad raya ko sampai lepas raya kot, aku terlambat pos.. hehehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    esok dan hari raya kedua agak bz.. kg sempang tu selalu dtg ari minggu nak beli ikan ..

    Reply

    samdaddycoolNo Gravatar Reply:

    kalo gi sempang tu, helo2 ler… boleh ngeteh jap.. kadang-kadang aku ada kat sana..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge