LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setiap 16 September, rakyat Malaysia akan menyambut cuti umum bersempena dengan Hari Malaysia. Tapi adakah kita mengerti tentang definis ‘Hari Malaysia’ tersebut atau kita hanya menganggap ia adalah hari cuti umum sahaja? Untuk artikel kali ini, saya sekadar ingin berkongsi sekaligus mengingatkan diri ini tentang definisi ‘Hari Malaysia’.

Sumber Gambar :- DuniaCacaMarba
Uploaded with ImageShack.us

Pengertian Hari Malaysia

Mungkin ramai yang tahu bahawa 16 September merupakan hari cuti umum bersempena dengan ‘ Hari Malaysia’. Dan tahun 2010 merupakan kali pertama 16 September dijadikan sebagai cuti umum.
Hari Malaysia disambut bagi memperingati tarikh penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ketika itulah penubuhan Malaysia melibatkan Tanah Melayu, Borneo Utara,Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun terdapat konflik-konflik yang timbul menyebabkan terdapat negeri yang keluar dari persekutuan Malaysia iaitu Singapura dan Brunei. Pengisytiharan Hari Malaysia ini penting bagi memberikan kesedaran tentang tarikh pembentukan Malaysia . Ianya juga dapat mengeratkan perhubungan antara rakyat di tanah semenanjung sehingga merentasi laut China Selatan.

Sumber :- Wikipedia

Selain dari menjadi cuti umum bagi rakyat Malaysia kita seeloknya mengingati hari ini sebagai tarikh bersatunya antara Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak untuk menjadi negara Malaysia. Kerjasama antara negeri-negeri di Semenanjung , Sabah dan Sarawak amat penting untuk memastikan kestabilan negara kita. 

” SELAMAT HARI MALAYSIA”
Diharap kita semua berbangga menjadi anak Malaysia. Jangan mengkucarkacirkan lagi perhubungan antara sesama kita.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Selamat Hari Malaysia

Leave a Reply to Hazmin Hamudin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)