Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Mungkin ramai yang mengetahu bahawa 10 9 Mei adalah sambutan ‘Hari Ibu’ di seluruh dunia. Sebenarnya hari ibu bukanlah tertakluk pada tarikh tersebut cuma ianya memberikan ingatan betapa besarnya sumbangan ibu dalam kehidupan kita. Sehingga kita terlupa ibu berkorban seluruh jiwa untuk menjadikan kita sebagai manusia yang berguna.

Walau apa jua panggilan samada ibu, mak, ummi, mama, Amma, mummy, mother, okasan, eomoni ianya merujuk kepada seorang wanita yang melahirkan manusia setelah mengendungnya selama 9 bulan. Bukan mudah menjadi seorang ibu terutama di zaman penuh pancaroba ini.
free image hosting
magazine subscriptions

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di seluruh dunia terutama ‘ibu yang telah membentuk si Zool.. Memang banyak bersalah dan rasanya tak mampu membalas jasanya… Bersama-sama ini disertakan sajak khas untuk ibu..

Sajak Untuk Ibu
Ibu,
Kau banyak berkorban,
Mengendung zuriat suamimu,
Bersama-sama ke sana ke mari,
dan bila tiba masanya,
kau bertarung nyawa untuk melahirkan,
seorang manusia,

Ibu,
Separuh hidupmu kau dambakan,
untuk kebahagian anakmu,
walau mereka tidak mahu membalasmu,

Ibu,
Bebelanmu ada maknanya,
bukan sekadar sia-sia,
namun bukan semua diterima anakmu,

Ibu,
Kau mengalir airmata,
bukan sebab penat memelihara anakmu,
tapi kecewa melihat media,
berbicara anak yang dihina,
dibuang dimerata,
ditendang sesuka,
kau sedih,
takut sekiranya anak-anakmu begitu,

Ibu,
sungguh besar dugaanmu,
anak meragam,
bapa melaram,
hati tak keruan,
namun kau tadahkan tangan,
doa dipinta agar diberi kekuatan.

Ibu,
kau sungguh tabah,
tak mungkin mampu ku balas walau setitik air susumu,
apatah lagi titik peluhmu,
memasak nasi, membasuh baju dan segala kerja rumahmu,

Ibu,
Adakah lagi insan sepertimu,
yang boleh menjadi ibu sehebatmu,
Yang mampu menjaga diriku ,
Dan mungkin jua anak-anakku..

Sekian. Diharap dengan sambutan hari ibu akan menguatkan lagi ingatan dan kasih sayang kita kepada ibu tercinta.
” SELAMAT HARI IBU ” untuk semua kaum ibu di luar sana. Jadilah ibu mithali supaya mendapat keberkatan dariNya..

Zool – 6 Mei 2010 , 11.30 mlm

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2056
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

13 Responses to “Selamat Hari Ibu”

  1. Kie-yuNo Gravatar says:

    selamat hari ibu~ 10 mei @ 9 mei?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tq sebab perasan.. saya dah semak balik. nampaknya 9 Mei 2010 bagi negara Malaysia.. harap maaf kesilapan

    Reply

  2. diyanadanielNo Gravatar says:

    Bahagianya menjadi ibu, selamat hari ibu untuk semua ibu2, semoga dihati setiap anak, akan sentiasa melekat rasa kasih pada ibunya.

    Reply

  3. .::wanie::.No Gravatar says:

    hello zool..thanks sbb singgah & komen entry kat blog wani

    Reply

  4. cik epalNo Gravatar says:

    selamat hari ibu kepada semua ibu ibu :)

    Reply

  5. gooseberriesNo Gravatar says:

    amat2 sedih bila ingat pengorbanan ibu..huhu. terasa sayu lak.
    sbb aku nie degil sgt kot..haha
    selamat hari ibu =))

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    balas jasanya dgn berikan terbaik utk anak

    Reply

  6. miss lollyNo Gravatar says:

    huwaaaaaaaaaaa tak sabra nak balik 9hb nak jumpe mummY :P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    semoga selamat sampai.. :( )

    Reply

  7. joegrimjowNo Gravatar says:

    hari2 hari ibu
    ;)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul.. cuma hari ibu lebih mengingatkan kita/

    Reply

  8. imranNo Gravatar says:

    Selamat Hari Ibu..!! Bersyukurlah kerana anda masih mempunyai ibu. huhu

    Reply

Leave a Reply