Sejauh mana kekuatan persahabatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya agak lama saya tidak menulis mengenai sahabat/rakan/Nakama, topik yang memang agak digemari untuk dicanaikan dalam blog ini.. Almaklumlah saya bukanlah seorang individu yang mempunyai ramai ‘sahabat’, mungkin kawan-kawan tu ramailah..

Sebenarnya ketika melihat friendster.. Saya juga menerima sms berkaitan persahabatan yang mempunyai makna yang mendalam.. Jadi rasanya tidak salah kalau dikongsikan pernyataan tu kan..

Berikut merupakan pernyataan yang menarik :-

1. “”In the End, we will not remember the words of our enemies, but the silence of our friends” – Ini merupakan pernyataan seorang rakan chating di dalam shoutout friendster.. Kalau dibaca memang ada logiknya dalam hidup realiti ni.. Mungkin kita akan mengalami situasi berikut di mana rakan kita tidak membisu seribu bahasa.. Dan mungkin kadangkala kita akan menjadi rakan yang senyap itu.. Adakah anda begitu??
2.Photobucket – Katun di atas merupakan ini ditampal oleh seorang member friendster dalam profile beliau.. Cuba kita baca apa yang tertulis dalam ayat-ayat tersebut.Mungkin ramai dari kita yang sering menjadi penglipurlara dalam perbincangan/borak-borak tanpa menjadi pendengar.. Biasanya mereka yang banyak bercerita tanpa disedari kadangkala mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati tanpa disedari oleh rakan-rakan.. Jadi fikirkan kembali dan nilai sejauh mana kita menjadi seorang pendengar..
3. ” Mengingati TEMAN tanda persahabatan,. Mengingati MATI sumber kekuatan IMAN. Mengingati AKHIRAT semulia-mulia INGATAN. Dan mengingati ALLAH itulah ketenangan.” – Ini sms dari seorang bekas rakan chating.. Memang kita sering terlupa pada mengingati MATI, AKHIRAT dan ALLAH. Yang banyak lebih mengingati teman wanita/lelaki sampai kewajipan ditinggalkan.. Wallahualam.. Mungkin kita boleh memperbaiki keutuhan kita dalam mengingati perkara-perkara diatas..AMIN.

Okaylah rasanya cukup setakat ini apa yang boleh dikongsikan mengenai persahabatan.. Mungkin anda ada pernyataan menarik yang boleh kita kongsi bersama-sama.. Harap-harap persahabatan kita akan terus terjalin walaupun tanpa bersua..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1542
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

14 Responses to “Sejauh mana kekuatan persahabatan”

  1. eyemanNo Gravatar says:

    nakama? hehe..mesti rajin layan anime dengan naruto nih..

    Reply

  2. menteilNo Gravatar says:

    ermm… banyak entry berkaitan sahabat di blog aku… hehe

    Reply

  3. amanNo Gravatar says:

    artikel yang menariik…hoho

    p.s: Mengingati TEMAN tanda persahabatan,. Mengingati MATI sumber kekuatan IMAN. Mengingati AKHIRAT semulia-mulia INGATAN. Dan mengingati ALLAH itulah ketenangan. <— kena taip balik masuk hp..haha

    Reply

  4. zoolNo Gravatar says:

    eyeman –> memang pung..
    menteil –> betul tu.. ko pakar ‘sahabat’…
    aman –> satu-satunya sms yang disimpan sebagai kenangan.. he he he…

    Reply

  5. bd fabregasNo Gravatar says:

    off topic sket..
    yg advertlets tu apsal kena buang??
    ade prob ke??

    Reply

  6. kuriNo Gravatar says:

    Kekadang we should be a silence friends coz of some reasons…
    maybe from that silence they will know how much worth of our friendship..

    Reply

  7. Mohd HafifiNo Gravatar says:

    aku seorang pendengar yang baik..hehe..puji diri sndiri lak..

    Reply

  8. AASSHHNo Gravatar says:

    Tahniah!Sekali lagi anda telah memaparkan satu isu yang menarik.
    Saya amat tertarik dan tersentuh dengan sajak yang lampirkan.Memang benar…apabila kita berjaya memainkan peranan sebagai pendengar setia,maka biasanya sahabat kita akan mendatangi kita setiap kali mereka ada masalah untuk meminta bantuan kita menyelesaikan masalah mereka.Keupayaan kita menyelesaikan masalah orang membuatkan orang lupa bahawa kita juga adalah manusia biasa yang sudah tentunya ada masalah seperti mereka juga.Mereka juga tidak tahu malah tak pernah nak tahu bahawa di sebalik senyum dan tawa kita terselit tangis derita yang menghimpit ruang rasa kita.
    Persoalannya..sampai bila kita akan terus menggenggam kepura-puraan itu sedangkan kita sebenarnya pun mencari penyelesai kepada masalah kita juga.Kalau kita dianggap sebagai sahabat sejati kerana keupayaan kita menyelesaikan masalah sahabat kita,di mana pula sahabat sejati kita yang bisa menyelesaikan masalah kita?

    Reply

  9. zoolNo Gravatar says:

    kuri –> tq kerana meng’komen’..
    Mohd hafifi–> bagus gak puji.. siapa lagi nak puji diri sendiri ek..
    AASSHH –> terima kasih dengan komen yang begitu panjang.. Betul tu kadangkala kita ingin menjadi rakan tetapi tak semestinya rakan tu ingin bersahabat susah dengan kita.. Wallahualam. Berusaha mencarinya

    Reply

  10. sekuat air!
    dicincang juga tak akan putus-hanya dengan izinNya

    Reply

  11. zinoNo Gravatar says:

    persahabatan yg di pupuk mulanya tanpa suara ni rasa lebih mesra dan akrap dari persahabatan biasa.. zino ada beberapa sahabat yg asalnya pertemuan dari forum tanpa suara ni dah jadi macam sedara sendiri hehe

    Reply

  12. azamNo Gravatar says:

    banyak definisi sahabat ni sebenarnya, ada yang cakap sahabat tu adalah orang dikala kita dalam kesusahan. ada yang cakap sahabat tu sentiasa ada disisi kita walau apa jua keadaan. sentiasa menasihati kita walau seteruk mana dan sejahat mana kita ni.

    nak mencari seorang sahabat tu bukan senang. kadang – kadang kene berperang dulu baru dapat jumpa seorang.

    kadang kala, seorang tu dah berkawan punya la lama, 6-7 tahun, tapi keinginan atau minat kita pun dia tak tahu, compare tu kawan yang baru kenal.

    so, bagi aku, kekuatan sahabat ni bergantung kepada keikhlasan diri kita…kalau kita ikhlas tinggi, kuatlah ikatan persahabatan.

    Reply

  13. AASSHHNo Gravatar says:

    Kekuatan persahabatan juga lebih bergantung kepada keikhlasan,ketulusan,kejujuran, kesetiaan,kesefahaman,keserasian,dan keupayaan kita memelihara pertalian persahabatan itu….

    Reply

  14. myadlanNo Gravatar says:

    wah.. insaf2 aku.. teringat pasal kwn2 semua..

    Reply

Leave a Reply