Layan Survey pun boleh dapat duit.. Jom le join apa pk lagi
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya agak lama saya tidak menulis mengenai sahabat/rakan/Nakama, topik yang memang agak digemari untuk dicanaikan dalam blog ini.. Almaklumlah saya bukanlah seorang individu yang mempunyai ramai ’sahabat’, mungkin kawan-kawan tu ramailah..

Sebenarnya ketika melihat friendster.. Saya juga menerima sms berkaitan persahabatan yang mempunyai makna yang mendalam.. Jadi rasanya tidak salah kalau dikongsikan pernyataan tu kan..

Berikut merupakan pernyataan yang menarik :-

1. “”In the End, we will not remember the words of our enemies, but the silence of our friends” - Ini merupakan pernyataan seorang rakan chating di dalam shoutout friendster.. Kalau dibaca memang ada logiknya dalam hidup realiti ni.. Mungkin kita akan mengalami situasi berikut di mana rakan kita tidak membisu seribu bahasa.. Dan mungkin kadangkala kita akan menjadi rakan yang senyap itu.. Adakah anda begitu??
2.Photobucket - Katun di atas merupakan ini ditampal oleh seorang member friendster dalam profile beliau.. Cuba kita baca apa yang tertulis dalam ayat-ayat tersebut.Mungkin ramai dari kita yang sering menjadi penglipurlara dalam perbincangan/borak-borak tanpa menjadi pendengar.. Biasanya mereka yang banyak bercerita tanpa disedari kadangkala mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati tanpa disedari oleh rakan-rakan.. Jadi fikirkan kembali dan nilai sejauh mana kita menjadi seorang pendengar..
3. ” Mengingati TEMAN tanda persahabatan,. Mengingati MATI sumber kekuatan IMAN. Mengingati AKHIRAT semulia-mulia INGATAN. Dan mengingati ALLAH itulah ketenangan.” - Ini sms dari seorang bekas rakan chating.. Memang kita sering terlupa pada mengingati MATI, AKHIRAT dan ALLAH. Yang banyak lebih mengingati teman wanita/lelaki sampai kewajipan ditinggalkan.. Wallahualam.. Mungkin kita boleh memperbaiki keutuhan kita dalam mengingati perkara-perkara diatas..AMIN.

Okaylah rasanya cukup setakat ini apa yang boleh dikongsikan mengenai persahabatan.. Mungkin anda ada pernyataan menarik yang boleh kita kongsi bersama-sama.. Harap-harap persahabatan kita akan terus terjalin walaupun tanpa bersua..

Tags: ,

14 Responses to “Sejauh mana kekuatan persahabatan”

  1. nakama? hehe..mesti rajin layan anime dengan naruto nih..

    [Reply]

  2. ermm… banyak entry berkaitan sahabat di blog aku… hehe

    [Reply]

  3. artikel yang menariik…hoho

    p.s: Mengingati TEMAN tanda persahabatan,. Mengingati MATI sumber kekuatan IMAN. Mengingati AKHIRAT semulia-mulia INGATAN. Dan mengingati ALLAH itulah ketenangan. <— kena taip balik masuk hp..haha

    [Reply]

  4. eyeman –> memang pung..
    menteil –> betul tu.. ko pakar ’sahabat’…
    aman –> satu-satunya sms yang disimpan sebagai kenangan.. he he he…

    [Reply]

  5. off topic sket..
    yg advertlets tu apsal kena buang??
    ade prob ke??

    [Reply]

  6. Kekadang we should be a silence friends coz of some reasons…
    maybe from that silence they will know how much worth of our friendship..

    [Reply]

  7. aku seorang pendengar yang baik..hehe..puji diri sndiri lak..

    [Reply]

  8. Tahniah!Sekali lagi anda telah memaparkan satu isu yang menarik.
    Saya amat tertarik dan tersentuh dengan sajak yang lampirkan.Memang benar…apabila kita berjaya memainkan peranan sebagai pendengar setia,maka biasanya sahabat kita akan mendatangi kita setiap kali mereka ada masalah untuk meminta bantuan kita menyelesaikan masalah mereka.Keupayaan kita menyelesaikan masalah orang membuatkan orang lupa bahawa kita juga adalah manusia biasa yang sudah tentunya ada masalah seperti mereka juga.Mereka juga tidak tahu malah tak pernah nak tahu bahawa di sebalik senyum dan tawa kita terselit tangis derita yang menghimpit ruang rasa kita.
    Persoalannya..sampai bila kita akan terus menggenggam kepura-puraan itu sedangkan kita sebenarnya pun mencari penyelesai kepada masalah kita juga.Kalau kita dianggap sebagai sahabat sejati kerana keupayaan kita menyelesaikan masalah sahabat kita,di mana pula sahabat sejati kita yang bisa menyelesaikan masalah kita?

    [Reply]

  9. kuri –> tq kerana meng’komen’..
    Mohd hafifi–> bagus gak puji.. siapa lagi nak puji diri sendiri ek..
    AASSHH –> terima kasih dengan komen yang begitu panjang.. Betul tu kadangkala kita ingin menjadi rakan tetapi tak semestinya rakan tu ingin bersahabat susah dengan kita.. Wallahualam. Berusaha mencarinya

    [Reply]

  10. sekuat air!
    dicincang juga tak akan putus-hanya dengan izinNya

    [Reply]

  11. persahabatan yg di pupuk mulanya tanpa suara ni rasa lebih mesra dan akrap dari persahabatan biasa.. zino ada beberapa sahabat yg asalnya pertemuan dari forum tanpa suara ni dah jadi macam sedara sendiri hehe

    [Reply]

  12. banyak definisi sahabat ni sebenarnya, ada yang cakap sahabat tu adalah orang dikala kita dalam kesusahan. ada yang cakap sahabat tu sentiasa ada disisi kita walau apa jua keadaan. sentiasa menasihati kita walau seteruk mana dan sejahat mana kita ni.

    nak mencari seorang sahabat tu bukan senang. kadang - kadang kene berperang dulu baru dapat jumpa seorang.

    kadang kala, seorang tu dah berkawan punya la lama, 6-7 tahun, tapi keinginan atau minat kita pun dia tak tahu, compare tu kawan yang baru kenal.

    so, bagi aku, kekuatan sahabat ni bergantung kepada keikhlasan diri kita…kalau kita ikhlas tinggi, kuatlah ikatan persahabatan.

    [Reply]

  13. Kekuatan persahabatan juga lebih bergantung kepada keikhlasan,ketulusan,kejujuran, kesetiaan,kesefahaman,keserasian,dan keupayaan kita memelihara pertalian persahabatan itu….

    [Reply]

  14. wah.. insaf2 aku.. teringat pasal kwn2 semua..

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>