LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sejarah Piala FA Malaysia

Untuk artikel kali ini Ligakampung.com ingin bersama-sama berkongsi maklumat mengenai Piala FA Malaysia. Mungkin ramai sedia maklum tentang kejohanan kalah mati yang diadakan dalam Liga Malaysia ini. Selain mendapat piala kejuaraan, pasukan yang memenangi kejohanan ini secara automatic akan layak untuk bertanding dalam kejohanan Piala AFC iaitu pertandingan antara Kelab-kelab bola sepak Asia.

Sejarah awal Piala FA di Malaysia telah dimulakan pada tahun 1990 dimana ketika itu pasukan Perak mencatat sejarah sebagai pasukan pertama menjuarai kejohanan ini selepas menumpaskan Selangor dengan keputusan 4-2.

Sehingga tahun 2017 (ketika artikel ini ditulis 15 Februari 2017) sebanyak 27 pasukan telah berjaya menjulang Piala FA Malaysia ini. Pasukan yang berjaya memenangi Piala adalah seperti berikut :-

  • Selangor – 5 kali
  • Kuala Lumpur -3 kali
  • Kedah – 3 kali
  • Perak – 2 kali
  • Terengganu – 2 kali
  • Kelantan – 2 kali
  • Pahang -2 kali
  • Negeri Sembilan – 2 kali
  • Sabah – 1 kali
  • Sarawak – 1 kali
  • Pulau Pinang -1 kali
  • Johor Darul Takzim (JDT) – 1kali
  • Johor – 1 kali
  • Lions XII – 1 kali

Fakta Menarik Piala FA :

1) Dari tahun 2005 hingga tahun 2014 terdapat pasukan yang layak ke akhir Piala FA dan juga layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Tak percaya?

2005 :Piala FA ( SELANGOR vs perak ), Piala Malaysia ( SELANGOR vs perlis )
2006 :Piala FA ( pahang vs PERLIS ), Piala Malaysia ( PERLIS vs n.sembilan )
2007 :Piala FA ( KEDAH vs perlis ), Piala Malaysia ( KEDAH vs perak )
2008 :Piala FA ( KEDAH vs SELANGOR ), Piala Malaysia ( KEDAH vs SELANGOR )
2009 :Piala FA ( Selangor vs KELANTAN ), Piala Malaysia ( KELANTAN vs n.sembilan )
2010 :Piala FA ( N.SEMBILAN vs kedah ), Piala Malaysia ( kelantan vs N.SEMBILAN )
2011 :Piala FA ( n.sembilan vs TERENGGANU ),Piala Malaysia ( TERENGGANU vs kelantan )
2012 :Piala FA ( KELANTAN vs sime darby ), Piala Malaysia ( KELANTAN vs atm )
2013 :Piala FA ( KELANTAN vs jdt ), Piala Malaysia ( Pahang vs KELANTAN)
2014 :Piala FA ( PAHANG vs felda) Piala Malaysia ( PAHANG vs jdt)

Ini sekadar kebetulan sahaja sebab selepas tahun 2015 dan 2016 tiada wakil finalist Piala FA yang berjaya ke Piala Malaysia.

2) Pasukan JDT kelab pertama memenangi selaku Kelab yang bukan negeri. JDT adalah berasal dari Johor FC, kelab dari Johor.

3) 6 perlawanan akhir terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti untuk menentukan kejuaraan.

2010 : Negeri Sembilan vs Kedah 1-1 (5-4 penalti)

2009 : Selangor vs Kelantan 1-1 (4-1 penalti)

2007 : Kedah vs Perlis 0-0 (4-2 penalti)

2006 : Pahang vs Perlis 0-0 (4-2 penalti)

2000 : Terengganu vs Pulau Pinang 1-1 (4-3 penalti)

1999 : Kuala Lumpur vs Terengganu 0-0 (5-3 penalti)

 

4) 3 bentuk Trofi Piala FA telah dibuat iaitu dari tahun 1990-2004, 2005-2011, 2012-sekarang

 

trofi piala fa sebelum 2012
Trofi Piala FA sebelum 1990-2004
piala FA 2005-2011
Piala FA 2005 -2011
trofi piala fa malaysia
Trofi Piala FA 2012-sekarang

 

Serba sedikit mengenai Piala FA Malaysia. Sekiranya anda mempunyai fakta-fakta mengenai Piala FA Malaysia boleh kongsikan untuk dimasukkan ke artikel ini.

 

Rujukan :- Wikipedia

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Sejarah Piala FA Malaysia

Leave a Reply to seragam batik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)