BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » Negeri Melaka » Sejarah Asal Jasin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sebelum ini saya pernah menulis tentang entri pembetulan sejarah Jasin dimana saya perlu membetulkan kesilapan yang dilakukan pada entri yang ditulis pada tahun 2009 yang lalu. Memandangkan tak ramai yang menulis pasal ‘Sejarah Jasin’ maka blog ligakampung.com mendapat page pertama keyword tersebut di google.
Jadi mungkin ada pencari-pencari sesat yang mungkin mendapat maklumat yang salah terutama tentang sejarah asalnya. Dalam entri tersebut saya menulis bahawa sejarah awal pembukaan bandar Jasin adalah pada 1918. Sebenarnya ia tidak tepat. Ini berdasarkan beberapa bukti yang diterima melalui seorang pengkaji sejarah yang ingin dikenali sebagai KZoom. Antaranya ialah :-

1. Bukti peta-peta yang dilakarkan oleh penjajah menunjukkan kewujudan Jasin itu.


- Peta zaman 1854 menunjukkan terdapat nama kawasan yang dinamakan Jassin dan Jassing. Walaupun ada pertambahan ‘S’ dan ‘G’ ia merujuk kepada lokasi Jasin sekarang ni. Menurut Kzoom Jassin dan Jassing itu menunjukkan Jasin dari segi kawasan hulu dan hilir (lupa yang mana satu hulu dan hilir).. Kawasan Jasin ketika itu masih hutan tapi di bahagian sungai ada penempatan. Ye lah kalau takde penempatan takkan ada nama pula kan?


- Peta zaman 1830 menunjukkan wujudnya nama Jasin cuma yang ini dinamakan Gassing. Tapi kat peta ni dah mula nampak ada beberapa kawasan yang berkait rapat dengan Jasin seperti Ayer Panas, Ayer Bemban, Rheim, Chabow, Assahan, Ching Ching Yelang. Dalam peta ni yang jalan-jalan tu adalah laluan sungai.

2. Bukti diari oleh ‘Resident Councillor at Malacca’ (tak tau nak translatekan..)


- Dalam diari tersebut menyatakan perjalanan beliau pada 23 September 1857 pergi ke Muar. Dalam perjalanan tersebut dinyatakan bahawa mereka berjumpa dengan perkampungan Jassing. Ini membuktikan bahawa terdapat kampung pada zaman tersebut.

3. Surat pampasan ketika Jasin terbakar pada tahun 1923 . Dalam senarai tersebut terdapat no bangunan/kedai sehingga ke 1361 (gambar tak berapa jelas). Ini menunjukkan bahawa pembangunan di Jasin telah berkembang pesat pada tahun 1923. Jadi amat mustahil dalam tempoh hanya 5 tahun (fakta asal pembukaan Jasin 1918) ia dapat membangunkan lebih dari 1,+++ bangunan/kedai ketika itu.

Selain itu ada beberapa dokumen pelantikan ketua di Jasin namun saya tak dapat nak tunjukkan sebab gambar yang saya ambil tak berapa jelas tarikhnya. Tapi yang pasti, sebelum tahun 1918 telah wujud organisasi dalam Jasin yang melibatkan penduduk setempat.

Melalui perbincangan dengan KZoom, andaian bahawa Jasin dahulunya adalah sebuah bandar yang hebat tetapi menjadi kecil kerana kisah kebakaran yang berlaku pada tahun 1923. Ia ada benarnya kerana kawasan Jasin mempunyai sumber bumi iaitu Bijih Timah (Kesang Pajak) dan Emas (di Gunung Ledang/Asahan) pada waktu itu.
Apapun diharap Jasin akan terus maju di zaman ini. Dengan pertambahan beberapa projek pembangunan diharap Jasin mampu menjadi sehebat daerah lain di negeri Melaka..

Andai anda ingin berkongsi sejarah atau mempunyai sebarang maklumat tentang Jasin boleh hubungi si Zool… Insyallah ia boleh menjadi rujukan satu hari nanti..

Sekian..

p/s :- KZoom sedang cuba untuk mendapatkan gambar, salasilah dan sebarang bahan bukti tentang Jasin. Kalau anda mempunyai maklumat tersebut boleh hubungi si Zool juga.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :936

6 thoughts on “Sejarah Asal Jasin

  1. tehrNo Gravatar says:

    Terima kasih, bro
    Maklumat yang sangat berguna untuk semua

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    terima kasih juga kerana sudi membaca maklumat daerah saya..

    Reply

  2. tahirNo Gravatar says:

    Sejarah Jasin rupanya lagi lama dari tahun 1918. Nampaknya boleh dijalankan satu kajian menjurus kepada jasin. Tahniah kepada zool kerana dapat menulis sejarah yang lebih menjurus ke arah kebenaran.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    saya tulis sebab ada yg suruh tulis..
    kredit untuk beliau

    Reply

  3. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    dpt peta lama lagik..ade fakta mmg leh guna buat rujukan.. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang member tu ada fakta bertulis… mungkin dia akan buat satu buku untuk buktikan .

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge