Sejarah 2001 Berulang : Gol Sendiri Penjaga Gol Ranapkan Emas Negara

Admin teringat lagi kenangan ketika menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA pada tahun 2001 di Stadium Shah Alam, Selangor. Cuma kali ini admin dan krew Ligakampung hanya menonton di kaca tv sahaja dimana ianya seakan sama jalan ceritanya.
Pada perlawanan akhir untuk mendapatkan ibu segala pingat emas bagi Sukan SEA, sekali lagi skuad negara mengalami badi sama terhadap pasukan Thailand. Jika pada 16 tahun yang lalu, Kamarulzaman Hasan melakukan tindakan tendangan yang terkena di tumit belakang, kali ini penjaga gol Haziq Nadzli pula tertumbuk bola yang terus menuju ke gawang gol.

Dalam perlawanan akhir ini secara keseluruhannya agak seimbang antara Malaysia dan Thailand cuma apabila gol terhasil, pasukan negara agak kelam kabut manakala pasukan Thailand lebih bijak menghidu peluang apabila pasukan negara dalam tertekan. Nasib baik pemain terbaik negara, Adam Nor Azlin berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 peluang terbaik Thailand untuk menambah jaringan.
Secara peribadi pemain penting seperti Safawi Rashid dan N Thanabalan agak kurang menjadi pada hari ini. Jafri Chew juga banyak melepaskan peluang untuk melakukan serangan. Idea untuk hantaran jauh agak kurang menjadi tatkala para pemain barisan serangan kurang idea untuk melakukan percubaan ke arah gol.

Jafri Chew, antara penyerang muda yang berpotensi untuk mengambilalih tugas penyerang senior seperti Safee Sali dan Amri Yahyah

Walaupun agak kecewa, namun ada beberapa perkara yang ingin kami di Ligakampung berikan :-

1) Haziq Nadzli – Anda perlu bangkit dan bangkit.

Kesilapan Haziq Nazli membuat keputusan menumbuk bola yang terbias ke belakang menuju pintu gol

Jangan layan Media Sosial dalam beberapa hari ini. Anda akan berasa down bila mendapat kritikan dari ramai orang yang BIJAK PANDAI.. Cuba bangkit dan jadikan ianya pengajaran. Jangan terus jatuh seperti Kamarulzaman Hasan. Kalau sesiapa yang ingat, selepas kejadian Sukan SEA 2001, nama Kamarulzaman Hasan terus tenggelam.  Walaupun  penjaga gol kelahiran Penang itu diberitakan mempunyai potensi besar seperti lagenda Pahang, Khairul Azman  namun namanya hilang dan hanya mewakili pasukan kelab bawahan sahaja selepas itu.

Dapatkan Glove Keeper di Lazada

2) N Thanabalan – Mungkin anda akan dipanggil oleh Pasukan HEBAT. Pasukan FELCRA mungkin tidak cukup gah bagi beliau. Tapi cuba fikir semasak-masaknya. Adakah anda ingin memanaskan bangku simpanan dan mengumpul duit? Jika ya, teruskan dan jika ingin memajukan diri, cuba cari pasukan yang boleh memberikan lebih peluang. Mungkin boleh bermain di luar negara. Umur masih muda lagi tu.

3) Datuk Ong Kim Swee – Mungkin Datuk boleh memikirkan tugasan lain. Samada sasar untuk Piala AFC atau cari cabaran lain. Rasanya tak payah kot nak kejar Sukan SEA 2019 Filipina.

4) Pemain-pemain seperti N Thanabalan, Jafry Chew , Adam Nor Azlin sudah boleh diserapkan ke skuad senior. Boleh gantikan pemain senior yang masih tak mampu memberikan kemenangan walaupun telah dilatih oleh jurulatih dari Portugal. (Pada petang sebelum hari perlawanan ini, skuad senior negara tumpas kepada pasukan Myanmar dengan keputusan 0-1. Pasti ranking menjunam lagi).

5) Stadium Shah Alam tidak sesuai. Berapa kali agaknya pemain jatuh dan kalau tengok baju pun dah kotor nak kena basuh dengan BReeze balik nanti.

6) Isu tiket sepatutnya tak berlaku dalam era zaman ni. Patutnya sistem Online boleh diperkasakan. Ke nak tunggu team Ligakampung buatkan satu sistem kot?

7) Peminat. Harap tidak terlalu emosional tentang kekalahan ini. Anggap ini satu penambahbaikan dari team sebelumnya yang tidak mampu layak ke separuh akhir. Kepada Ultras, teruskan sokongan tidak berbelah bahagi anda walaupun pasukan negara tidak mencapai KPI yang anda inginkan.

Apapun tahniah kepada pasukan bola sepak negara. Sasaran untuk mendapatkan emas nampaknya tidak membuahkan hasil namun tidak semesti pasukan ini dibubarkan. Mungkin boleh ditambahbaik. Cuma mungkin untuk Sukan SEA 2019 kenalah buat perubahan drastik sebab KPI team ni tak tercapai kan?

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Sejarah 2001 Berulang : Gol Sendiri Penjaga Gol Ranapkan Emas Negara

Leave a Reply